Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya

memeluk islam solat sunat aidilfitri

Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya

Biasanya kita akan terkejut jika ada ‘plot twist‘ yang berlaku dalam kehidupan kita. Lagi-lagi, apabila perkara tersebut dilihat sebagai agak mustahil untuk berlaku.

Hal ini kerana, kita sering meramalkan apa yang terjadi berdasarkan apa yang berlaku sebelumnya. Namun, kadangkala apa yang kita jangkakan tidak berlaku malah benda lain pula yang berlaku.

Perkara ini bertepatan dengan kisah seorang lelaki di Australia yang asalnya ingin mengadu mengenai sesi solat Aidilfitri yang agak bising.

Tiada siapa yang menyangka bahawa dirinya pulang dengan menjadi salah seorang daripada saudara seagama dengannya.

Hajj Hussin Goss, seorang pendakwah aktif di Australia berkongsi kisah berkenaan menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Hussin berdiri bersama seorang lelaki Australia yang sudah lanjut usia yang dilapor baru sahaja memeluk Islam.

Dalam hantaran yang sama, beliau menulis kapsyen:

“Selamat datang buat saudara baru yang baru memeluk agama Islam pada Hari Raya Aidilfitri.  Awalnya, saudara ini datang ke masjid untuk tujuan mengadu berkenaan bunyi bising pada waktu pagi raya.

“..dan dia pulang ke rumah sebagai seorang Muslim. Allah Maha Besar,”

Pada awal klip tersebut, pendakwah tersebut memperkenalkan warga emas tersebut yang dikenali sebagai Brian.

Brian merupakan salah seorang penduduk yang tinggal di sebuah rumah orang tua berdekatan Masjid Gold Coast.

Pada asalnyanya, lelaki tersebut datang ke masjid untuk mengadu berkenaan bunyi bising daripada pembesar suara yang mengalunkan bacaan solat sunat Aidilfitri.

Apabila warga emas tersebut mengadu kepadanya, Hussin kemudian duduk bersama-sama Brian sekitar 10 hingga 15 minit dan berkongsi tentang agama Islam.

Selepas memeluk Islam, Brian disambut meriah oleh para jemaah masjid

Kemuncak video tersebut iaitu apabila lelaki tersebut mengucapkan dua kalimah syahadah dengan bimbingan pendakwah tersebut.

Selepas Brian melafazkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris, jemaah-jemaah yang berada berdekatannya melaungkan takbir.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyambut Brian dengan bersalam-salaman dan memeluknya sambil mengucapkan ucapan tahniah.

Keadaan yang sangat menyentuh perasaan itu menyebabkan lelaki tersebut sebak dan mengalirkan air mata.

Difahamkan, Brian telah menyakini kebenaran ajaran Islam selepas dirinya bertemu dengan penceramah tersebut.

Sehubungan itu, lelaki tersebut terus membuat keputusan untuk memeluk agama Islam secara sukarela.

Dalam pada itu, klip tersebut telah menjadi tular dan meraih perhataian banyak warga maya. Rata-rata, semua pengguna memuji  pendakwah tersebut atas kemahiran berdakwah yang dimilikinya.

BACA: Mula Dari Bidor, Lelaki Nekad Berjalan Kaki 10,161 KM Menuju Mekah

Sumber: Doha News, Hussin Goss via Facebook

The post Lelaki Peluk Islam, Selepas Datang Masjid Mengadu Bunyi Bising Sembahyang Raya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*