Lelaki Didenda RM300 Ceroboh, Lintas Landasan LRT

lelaki lintas landasan lrt

Lelaki Didenda RM300 Ceroboh, Lintas Landasan LRT

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Seorang lelaki didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menceroboh dan melintas landasan di Transit Aliran Ringan (LRT) Pudu, semalam.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 20, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Platform Stesen LRT Pudu di sini pada 6.47 petang, 18 Dis.

Pertuduhan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

BACA JUGA: Rapid Rail Sahkan Tayar Monorel Terbakar, Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh hari jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh, namun tertuduh merayu hukuman ringan terhadapnya.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Didenda RM300 Ceroboh, Lintas Landasan LRT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*