RM50 Paling Bermakna, Lelaki Cari Pemilik Asal

rm50 paling bermakna

RM50 Paling Bermakna, Lelaki Cari Pemilik Asal

Tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang tekad untuk mencari pemilik wang kertas RM50 yang dipercayai memiliki nilai sentimental.

Wang kertas berkenaan dipercayai merupakan ‘hadiah’ terakhir dari bapa pemilik wang berkenaan sebelum dijemput Ilahi.

“Duit last ayah bagi 11/5/20, al-Fatihah.” tulisan tangan yang tertera pada wang kertas RM50 terbabit.

Tulisan tersebut dipercayai telah ditulis pemilik asalnya dengan menggunakan pen dakwat berwarna hitam.

Pekerja swasta yang berusia 35 tahun, Mohd Azfarul Zainol Akmar telah membuat perkongsian berkenaan penemuan wang kertas itu menerusi akaun Facebook miliknya (Tuah Lim).

BACA: Prestasi Semasa Ringgit Tidak Cermin Prospek Positif Ekonomi Negara – Gabenor BNM

Berdasarkan hantaran yang dibuat pada pagi Selasa, beliau ingin memulangkan wang kertas berkenaan ke tangan pemilik asalnya.

Tidak akan menggunakan duit tersebut selagi pemilik asalnya tidak ditemui

Perkongsiannya telah meraih rasa simpati dalam kalangan warga maya dan turut berharap agar pemilik wang itu dapat menemui wang kertas istimewanya.

Memetik Sinar Harian, Azfarul telah mendapat duit itu ketika mengeluarkannya di mesin pengeluaran automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang dalam lingkungan 4.15 petang.

“Pada mulanya tidak sedar, apabila sampai di rumah ketika keluarkan duit, baru ternampak ayat pada wang kertas RM50 tersebut.

“Terus saya rasa terharu dan sedih bila terkenangkan mungkin pemilik duit ini terpaksa gunakan walaupun ia amat bermakna dan punya nilai sentimental, kenangan terakhir bersama ayahnya,” kata Azfarul ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada masa ini, pekerja swasta itu berharap agar pemilik wang berkenaan dapat ditemui kerana dirinya menyedari betapa bernilainya wang itu pada dirinya.

“Saya pun tidak akan guna duit ini selagi pemiliknya tidak ditemui, itu janji saya,” kata Azfarul dengan nada nekad.

Dalam pada itu, perkongsian Azfarul telah tular di media sosial sehingga mendapat 5.8k tanda suka, 8.8k perkongsian dan 233 komen setakat pukul 6.13 petang, hari ini.

BACA: Jangan Main “Modified”, Ini Spesifikasi Nombor Plat Yang Dibenarkan JPJ

Sumber: Tuah Lim via Facebook, Sinar Harian

The post RM50 Paling Bermakna, Lelaki Cari Pemilik Asal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*