Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati

takutkan ayam jiran

Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati

BEIJING  — Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas menyelinap masuk ke reban ayam jirannya dan bertindak menakutkan ribuan ayam jantan sehingga menyebabkan sebahagiannya mati, lapor New York Post.

Tertuduh menggunakan lampu suluh untuk menakutkan ayam itu di wilayah Hunan. Perkara itu menyebabkan kawanan ayam saling memijak antara satu sama lain hingga mati, lapor China Daily.

Cerob0h Reban Ayam Jiran

Difahamkan, tertuduh melakukan pencerobohan itu sebanyak dua kali secara berasingan. Kali pertama jenayah itu dilakukan telah menyebabkan 500 ekor ayam mati.

Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditangkap oleh pihak polis dan diarahkan membayar ganti rugi lebih RM1,900 (3,000 yuan) kepada jirannya.

Maklum pihak berkuasa tempatan, tertuduh kembali melakukan jenayah itu buat kali kedua hingga menyebabkan 1,100 ekor ayam terbunuh dalam kedua-dua kes tersebut.

Hasil siasatan mendapati kejadian bermotifkan dendam susulan berlaku pertelingkahan antara tertuduh dengan pemilik ternakan itu.

“Bermula April lalu, tertuduh menebang pokok tanpa kebenaran penternak terbabit,” jelas kenyataan.

Kematian ribuan ternakan itu menyebabkan pemilik mengalami kerugian lebih RM2,400 (3,840 yuan).

Sehubungan itu, Mahkamah Heng memutuskan tertuduh didapati bersalah dan dengan sengaja menyebabkan kerugian harta benda.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara enam bulan dengan tempoh percubaan selama satu tahun.

BACA: Lelaki Kesal, Jiran Bina Tembok Setinggi 2 Meter Halang Jalan Keluar

Terdahulu SK melaporkan dua peladang dari Shenyang, wilayah Liaoning, Selatan China dipenjara gara-gara menjual makanan haiwan (pokok leek) beracun kepada peladang lain.

Penjualan makanan haiwan itu menyebabkan 120 ekor kambing dilaporkan mati.

Kedua-dua tertuduh menggunakan racun jenis phorate, sejenis racun bertoksik yang diharamkan di China sejak 2002. Difahamkan, racun itu bertujuan untuk mengawal penyakit dan serangga yang boleh merencatkan tanaman leek mereka.

Menurut pihak berkuasa tempatan, tertuduh juga telah membayar pampasan kepada mangsa sebanyak RM 116,394.

Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 7 bulan dan didenda RM 49,486 (80,000 Yuan) manakala seorang lagi dipenjara selama 6 bulan dan didenda sebanyak RM 30,928 (50,000 Yuan).

BACA JUGA: Pelakon & Model Korea Selatan, Jung Chae Yul Meninggal Dunia

Sumber: New York Post

The post Lelaki Dipenjara, Dipercayai Takutkan Ayam Jiran Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*