Pelajar Dakwa Telah “Dirasuk” Selepas Tikam Guru Hingga Mati

Pelajar dakwa telah dirasuk

Pelajar Dakwa Telah “Dirasuk” Selepas Tikam Guru Hingga Mati

Seorang pelajar remaja bertindak membunuh seorang guru di sebuah sekolah di barat daya Percancis pada hari Rabu, kata pihak berkuasa.

Memetik laporan CNN, guru wanita berusia 50 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan ditikam oleh pelajarnya yang berusia 16 tahun.

Menurut rakan penyiaran CNN iaitu BFMTV, insiden itu berlaku di sekolah menengah Saint-Thomas d’Aquin, di wilayah Pyrenees-Atlantiques barat daya Perancis.

Difahamkan, pelajar berkenaan merupakan seorang remaja yang sedang berdepan dengan masalah psikologi. Dia mendakwa dirasuk ketika bertindak menikam guru berkenaan. Pelajar itu didakwa melarikan diri ke kelas sebelah selepas menikam guru berkenaan.

Pelajar itu juga sempat memberitahu seorang lagi guru bahawa terdapat suara mengarahkannya untuk melakukan serangan berkenaan.

Dakwa dirasuk, pelajar dedah ada suara suruh tikam guru

Guru tersebut kemudian bertindak merampas senjata yang digunakan oleh pelajar tersebut untuk melakukan serangan. Guru berkenaan turut menemani pelajar tersebut sehingga polis tiba untuk menahanya.

Kredit AFP

“Pembunuhan seorang guru di Saint-Jean-de-Luz meninggalkan kesan emosi yang mendalam.

“Saya berkongsi kesakitan keluarganya, rakan sekerja, pelajar, guru kami yang mendedikasikan hidup mereka untuk memberikan ilmu kepada generasi akan datang. Negara ini sentiasa bersamamu,” ” tweet Presiden Perancis, Emanuel Macron mengenai kejadian itu.

Oliver Veran selaku delegasi menteri turut mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas akibat serangan tersebut.

“Saya tidak dapat bayangkan trauma yang terjadi akibat insiden ini secara umum. Tiada kata-kata untuk menggambarkan tragedi itu,” kata Veran kepada wartawan semalam.

Selain itu, Menteri Pendidikan Perancis, Pap Ndiaya turut melawat ke sekolah di mana serangan itu berlaku pada semalam dan sempat bercakap kepada pemberita.

Ndiaye berkata, 90 pelajar daripada kelas suspek dan dua lagi daripada kumpulan umur yang sama ditawarkan sokongan psikologi. Sekolah-sekolah di seluruh Perancis juga akan bertafakur pada pukul 3 petang pada hari ini untuk mengingati guru yang dibunuh.

“Tiada siapa yang menjangkakan tragedi sedemikian boleh berlaku. Ia adalah hari yang menyedihkan untuk pendidikan di Perancis dan hari yang menyedihkan untuk sekolah ini,” kata Ndiaye kepada pemberita.

Pendakwa raya tempatan, Jerome Bourrier berkata pihak berkuasa telah melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada suspek melakukan “pembunuhan terancang”.

Bourrier berkata bahawa suspek kini berada dalam tahanan polis. Satu sidang akhbar akan diadakan dengan pihak berkuasa kehakiman berhubung serangan itu.

BACA: Dari Mana Kerajaan Kutip Hasil Nak Buat Bajet?

Sumber: CNN

The post Pelajar Dakwa Telah “Dirasuk” Selepas Tikam Guru Hingga Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*