Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air

Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas

Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 10.26 pagi, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi.

“Kawalan BBP Batu Arang menerima maklumat daripada pihak polis, menyatakan seorang lelaki tempatan dalam keadaan mabuk dipercayai terjun ke dalam kolam takungan air berkeluasan 9 meter kali 9 meter pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Anggota bomba kemudian membuat kerja pencarian sebelum menemukan mangsa pada kedalaman kira-kira 3 meter dalam kolam tersebut pada pukul 1.33 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norazam berkata mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*