Lelaki ditemukan mati dipercayai serangan jantung

KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan mati selepas dipercayai terkena serangan jantung di kawasan parkir kereta di Jalan Bayam di sini semalam.

Mayat lelaki berusia 56 tahun itu ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkait dengan kejadian itu pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pembantu perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang bergegas ke lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan di tempat kejadian dapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring. Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan simati tiada sebarang kesan kecederaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HRPZ II untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan oleh serangan jantung.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengembumian dan siasatan lanjut masih diteruskan.-UTUSAN

 

The post Lelaki ditemukan mati dipercayai serangan jantung appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*