Tiga Kali Menang & Sekali Seri Di AFCON, Ranking FIFA Angola Bakal Naik ‘Mencanak’

ranking FIFA angola

Dalam kita meraikan kehangatan Piala Asia, usah dilupa bahawa satu lagi kejohanan benua, Piala Negara-negara Afrika (AFCON) juga sedang berlangsung ketika ini.

Seperti di Piala Asia, kejutan dan drama juga berlaku dalam kejohanan tersebut. Lima pasukan gergasi yang disebut-sebut bakal menjadi juara, antaranya Mesi, Maghribi dan Algeria semua sudah tersingkir.

Namun yang paling mencuri tumpuan sepanjang AFCON adalah kemaraan pasukan kerdil, Angola yang berjaya melangkah sehingga ke pusingan suku akhir.

Biarpun tewas dalam perlawanan peringkat itu kepada Nigeria, namun Angola ada kesudahan yang wajar dibanggakan oleh semua peminatnya.

Apa tidaknya, dalam perjalanan tersebut, mereka berjaya menewaskan tiga pasukan, dua daripadanya pasukan gergasi dan sekali seri.

Berada di ranking ke-117 FIFA sebelum AFCON bermula, Angola seri 1-1 dalam perlawanan pertama menentang Algeria yang berada di ranking ke-30 FIFA.

Kemudian, Angola membuat perhitungan dengan Mauritania (ranking ke-105) dalam perlawanan kedua dan menang 3-2 ke atas pasukan tersebut.

Kejutan hadir dalam perlawanan ketiga apabila Angola berjaya menundukkan Burkino Faso, pasukan jauh di ranking lebih tinggi iaitu ke-57 dunia dengan skor 2-0.

Seterusnya, di pusingan 16, Angola menunjukkan jalan keluar kepada Namibia dengan keputusan 3-0. Namibia adalah pasukan di tangga ke-115 dunia.

Tiga kemenangan dan satu keputusan seri yang dicatatkan itu cukup untuk memberikan mata ranking FIFA yang sangat banyak kepada Angola.

Menurut hantaran-hantaran yang dibuat di Facebook, skuad kebangsaan negara itu berkemungkinan mengumpul lebih daripada 70 mata FIFA.

Jumlah mata yang dikumpul itu dijangka membolehkan ranking FIFA semasa naik mencanak sekurang-kurangnya 24 anak tangga.

Jika tepat pengiraan yang dibuat, Angola bakal naik dan menghuni posisi 93 dunia selepas ini. Malah, Angola juga berpotensi menjadi pasukan dengan lonjakan ranking tertinggi bagi Februari.

Bagaimanapun, kedudukan rasmi ranking bagi bulan Februari masih belum dikeluarkan oleh FIFA dan hanya akan diketahui sekurang-kurangnya pada hujung bulan ini.

Jadi, sama-sama kita nantikan.

Sumber: Facebook

 

The post Tiga Kali Menang & Sekali Seri Di AFCON, Ranking FIFA Angola Bakal Naik ‘Mencanak’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*