Lelaki Kongsi “Step” Betul Cat Dinding Rumah Untuk Dapat Hasil Yang Cantik & Tahan Lama

"step" betul cat rumah

Lelaki Kongsi “Step” Betul Cat Dinding Rumah Untuk Dapat Hasil Yang Cantik & Tahan Lama

Rumah merupakan satu aset penting jangka masa panjang setiap orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin membina sebuah kehidupan baharu.

Pembinaaan dan pemilihan rumah menjadi satu aspek penting dan selari dengan “Rumahku Syurgaku”. Ia bagi memastikan pemilik selesa dan berpuas hati dengan kediamannya.

Untuk menambahkan lagi seri rumah agar tidak kelihatan kusam, rata-rata pemilik rumah menyapu cat pada dinding rumah dengan warna pilihan hati.

“Step” Betul Cat Rumah

Bagaimanapun, mengecat rumah tanpa pengetahuan asas boleh menyebabkan cat tidak bertahan lama dan tidak mendapat kualiti yang terbaik.

Sehubungan itu, mari kita ikuti perkongsian Ben Safwan di bawah mengenai langkah asas dalam mengecat dinding rumah anda.

Cara Kerja Asas / Pilihan Untuk Cat Dinding Rumah 

"step" betul cat rumah
Gambar: Ben Safwan

Kalau ada masalah kelembapan dinding, kena rawat masalah kelembapan dulu baru cat. Kalau pakai cat waterproof sekalipun, kelembapan dari dalam dinding akan tolak cat. Sebab ianya rosak dari dalam. Cat hanya melindungi dari luar.

Kalau dinding tak sama atau berlekuk pun kena setelkan dengan plaster atau tampal putty wall tutup lubang, tempat terkopek sebelum gosok dengan kertas pasir bagi rata baru boleh mula mengecat. Baru rata cantik sedap mata memandang.

Bila dah selesai semua baru boleh guna step di bawah ini. Harga cat macam-macam ikut jenama ya dan jenis ya. Dari rendah ke tinggi. Ikut poket sendiri.

Undercoat, Asas, Primer, Sealer – merujuk kepada lapisan pertama. Antara dinding bata dinding simen plaster dengan lapisan cat nanti. Untuk pegang cat, tutup sedikit kelembapan, atau kalau dinding asal warna A nak tukar warna B, pakai juga lapisan ini. 

Ada yang guna 1 lapisan . Seeloknya 2 lapisan. Baru masuk cat warna

Cat Warna – Pilih cat apa yang suka. Macam saya guna Nippon. Cat warna Ungu 1 (0.87 liter sebenar) harga 162 . Kalau pakai warna putih 5 liter 152 inggit. cat bewarna lebih mahal dari cat warna putih disebabkan penggunaan pigment dan harga ini bergantung pada jenama,kelebihan dan sebagainya.

BACA JUGA: Guna Dua Bahan Ni Je, Wanita Kongsi Cara Berkesan Perangkap Lipas Dalam Kereta

Seeloknya 2 lapisan. Kalau cat warna ,jangan tunggu lama untuk selesaikan lengkap satu-satu kawasan. Baru cantik seragam warna dia. Seeloknya buat dan selesaikan bahagian demi bahagian dinding.

Boleh pilih nak warna tak nak berkilat (Matt) berkilat sikit je (Glossy Matt) atau berkilat (Glossy)

Lapisan Akhir / Clear Coat – melindungi cat terutama cat putih. Contoh kalau kena air kunyit pada lapisan yang telah disapu clear, mudah tanggal dan tak merebak pada cat putih lain. Fungsi melindungi cat dari kotor dan menaikkan seri serta bagi warna tahan lama.

Bukan guna seluruh rumah tapi guna pada bahagian tertentu seperti di dapur, di feature wall, di bahagian tv supaya lebih cantik lebih menarik. Macam tengok kereta. Cat nampak lebih lembab, naik warna lagi selain melindungi bahagian itu.

Sama juga ada pilihan tak nak berkilat (matt) atau berkilat (Glossy)

Secara asasnya, ini lah cara kerja dan clear coating ni pilihan nak guna atau tak.

Sumber: Ben Safwan via Tukang Apa Hari Ini

The post Lelaki Kongsi “Step” Betul Cat Dinding Rumah Untuk Dapat Hasil Yang Cantik & Tahan Lama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*