Penting Untuk Bakal Pengantin, Wanita Kongsi Tips Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 

permohonan berkahwin online

Penting Untuk Bakal Pengantin, Wanita Kongsi Tips Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 

Setiap individu yang memiliki pasangan pasti akan mempunyai impian untuk membina mahligai bersama dengan insan yang dicintai.

Namun, tidak ramai yang tahu mengenai proses yang perlu dilakukan oleh individu dalam mendirikan rumah tangga susulan perkara tersebut adalah perkara baru buat mereka.

Bagi mengetahui cara-cara atau proses yang diperlukan untuk berkahwin, ikuti perkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter Anis Suraya (@anisssurayaaa) di bawah ini.

Sekiranya tahu langkah-langkah tersebut, ia tidaklah serumit yang dijangka. Semoga bermanfaat.

Cara Isi Borang Kebenaran Berkahwin

Twitter: @anisssurayaaa/Twitter

Borang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) adalah untuk negeri Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.

Anda kena guna SPPIM kalau anda adalah pasangan atau salah seorang yang akan hantar borang di Pejabat Jabatan Agama Islam (PAID) di setiap negeri di atas.

Seeloknya pasangan diperlukan untuk mengisi borang SPPIM itu 90 hari sebelum tarikh akad nikah.

Sebagai contoh, mahu melakukan akad nikah pada bulan Disember 2023, jadi bulan September 2023 sudah boleh mula isi borang SPPIM.

Langkah isi borang:

1. Isi borang SPPIM: sppim.gov.my/sppim/online/b

2. Masa isi borang itu, kena isi maklumat seperti, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat kad pengenalan, alamat tempat tinggal, email, tarikh nikah dan alamat tempat nikah iaitu masjid dan pejabat agama kariah berdekatan.

Seterusnya, gaji, alamat tempat kerja, nombor telefon, tempat kerja dan jawatan.

Manakala untuk bakal pengantin perempuan, kena menyediakan maklumat wali, iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, hubungan, tarikh nikah ibu bapa.

Untuk bahagian human immunodeficiency virus (HIV) perlu isi pada kemudian.

3. Seterusnya, tekan ‘hantar’ dan akan keluar status isi borang untuk bakal pengantin lelaki dan bakal pengantin perempuan tunggu kelulusan borang lelaki.

4. Cetak senarai semak untuk panduan atau rujukan ramai. Senarai semak itu mempunyai semua dokumen yang pasangan pengantin perlu sediakan.

5. Kemudian, bagi yang belum ambil kursus kahwin boleh selesaikan bahagian kursus dahulu.

Bagi yang sudah selesaikan kursus kahwin, boleh tetapkan temu janji untuk ujian HIV. Digalakkan untuk buat temu janji dalam talian atau buat panggilan ke tempat itu dahulu.

Keputusan HIV hanya sah untuk enam bulan, oleh itu digalakkan untuk buat awal.

Gambar hiasan: BERNAMA

6. Setelah itu, bakal pengantin perempuan perlu menentukan wali dengan mengikuti susunan di bawah.

Sekiranya ayah pengantin perempuan masih ada, ayah akan menjadi wali.

Namun, jika ayah sudah meninggal dunia, sediakan salinan surat kematian.

Jika atuk masih ada, atuk boleh gantikan ayah dan kalau tiada juga, adik beradik seibu sebapa boleh menjadi wali.

BACA: Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebaik Tiba Di Bangkok

7. Sekiranya ibu bapa berpisah, bakal pengantin perlu menyediakan surat nikah atau penceraian ibu bapa.

Jika surat nikah atau cerai hilang, perlu pergi ke pejabat agama di tempat ibu bapa bernikah.

Untuk kepastian, buat panggilan terlebih dahulu supaya kakitangan pejabat agama dapat mencari rekod tersebut.

Sekiranya tiada rekod, bakal pengantin perlu membuat permohonan naik mahkamah.

Surat nikah atau cerai itu memang penting! Jika ada dan sudah dapat, bawa sahaja surat asal semasa mahu jumpa imam dan semasa hantar borang di pejabat agama.

Gambar Hiasan: BERNAMA

8. Dapatkan pengesahan mastautin kalau alamat tempat tinggal tidak sama dengan alamat kad pengenalan.

Minta pengesahan dari penghulu atau ketua kampung, kemudian bawa sekali bil api dan air.

Isi borang tersebut berapa lama tinggal di tempat sekarang dan sekurangnya-kurangnya enam bulan ke atas. 

9. Kemudian, fotostat borang mana yang patut (semak dalam senarai semak). Boleh juga fotostat lebih.

10. Sediakan gambar berukuran passport kerana ia boleh digunakan untuk kad nikah.

Kalau nak mudah, sediakan awal-awal, lagi bagus.

Setelah selesai semua, masukkan dalam satu fail dan asingkan fail untuk bakal pengantin lelaki dan perempuan.

Kalau kariah lain, kena tunggu bakal pengantin lelaki dapat kelulusan dari kariah dan pejabat agama dia dahulu. Selepas itu, baru bakal pengantin perempuan boleh teruskan ikut step yang sama.

Sumber: @anisssurayaaa/Twitter

The post Penting Untuk Bakal Pengantin, Wanita Kongsi Tips Permohonan Kebenaran Berkahwin Online  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*