Kenali Rubiel Mosquera, Lelaki Miliki Leher Berotot Tebal

Kenali Rubiel Mosquera, Lelaki Miliki Leher Berotot Tebal

Adakah anda seorang ahli bina badan? Tak kiralah sama ada bina badan secara professional ataupun hanya sekadar hobi. Pernah tak anda bina badan sehingga otot menjadi terlalu tebal? Inilah yang terjadi kepada Rubiel Mosquera, lelaki leher berotot tebal, yang lebih dikenali sebagai Neckzilla.

Rubiel Mosquera merupakan seorang ahli bina badan IFBB Elit Profesional dari Columbia yang terkenal dengan lehernya yang tebal yang ketebalannya direkodkan setebal 20 inci lilitan.

Gambar: @rubiel_mosquera_m via Instagram

Rubiel Mosquera mempunyai tubuh badan yang sangat mengagumkan, tetapi hanya dengan memandang lehernya sekilas sudah mencukupi untuk menjelaskan nama samarannya yang terkenal, Neckzilla. 

Ia merupakan sesuatu yang mesti dilihat, dan walaupun dia tidak memegang gelaran rasmi leher paling berotot dan tebal dalam bina badan, kebanyakan orang percaya bahawa dia memang mempunyai leher yang tertebal dalam sukan itu.

Dari beberapa sudut, kelihatan seperti rahangnya ditarik, namun sebenarnya hanya lehernya sahaja yang lebih berotot daripada bahagian lain.

Hanya Fokus Pada Leher?

Keadaan lehernya yang terlalu berotot itu mengundang rasa risau daripada peminat-peminat bina badan. Hal ini kerana, mereka risau sekiranya para juri terlalu asyik memandang lehernya yang berotot sehingga tidak memerhatikan asetnya yang lain.

Anda mungkin terfikir yang Rubiel Mosquera hanya mendedikasikan masa dan tumpuan kepada lehernya untuk menjadikan leher itu lebih menarik perhatian orang ramai.

Tetapi, ahli bina badan itu berkata bahawa dia melatih semua ototnya secara sama rata, seperti setiap ahli bina badan yang menghargai diri sendiri.

Gambar: @rubiel_mosquera_m via Instagram

Leher Aset Utama

Walaupun dia tidak memfokuskan latihannya hanya pada leher, ahli bina badan ini tahu akan asetnya yang paling berharga dan sering menunjukkan leher tebalnya itu dia media sosial.

Dia pernah mengukur lehernya untuk membuktikan bahawa lehernya lebih tebal daripada leher pesaingnya, Larry Wheels.

Pita pengukur itu menunjukkan ukur lilit lebih daripada 50cm (40.2mm), perbezaan yang sangat ketara dengan ukuran leher orang biasa.

Neckzilla kebiasannya bertanding dalam pertandingan bina badan nasional dan serantau, dan setakat ini, dia telah memperoleh hasil yang amat memberangsangkan.

Sumber: OddityCentral

BACA JUGA: Ini Yang Terjadi Pada Tubuh Badan Anda Jika Kurang Pengambilan Sayur

The post Kenali Rubiel Mosquera, Lelaki Miliki Leher Berotot Tebal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*