Lelaki Maut Diserang Ikan Jerung

diserang jerung

Lelaki Maut Diserang Ikan Jerung

Lelaki Rusia dilaporkan sempat menjerit ‘papa’ ketika diserang oleh seekor jerung di sebuah pusat peranginan Hurghada, Mesir, lapor Daily Mail.

Kejadian ngeri yang memperlihatkan aksi serangan ganas itu telah disaksikan oleh pelancong lain yang berada di pesisir pantai pusat peranginan tersebut.

Walau bagaimanapun, teman wanita lelaki terbabit terselamat selepas berjaya melarikan diri sebelum serangan itu berlaku.

Pelancong lelaki itu dipercayai berusia 23 tahun dan sudah lama berada di Mesir.

Menurut laporan berita Baza di Russia, lelaki itu bernama Vladimir Popov dan telah berpindah ke resort itu bersama bapanya beberapa bulan lalu.

Selain pelancong lain, bapa mangsa turut menjadi saksi serangan ganas tersebut

Dalam kejadian itu, bapa mangsa turut menjadi saksi bagi serangan maut jerung tersebut dari pantai pusat peranginan terbabit.

Sementara itu, video rakaman serangan itu telah tersebar dan tular di beberapa platform media sosial.

Rakaman itu menunjukkan lelaki itu menjerit sekuat hati memanggal ‘Papa’, ‘Papa’ ketika pemangsa itu menyerangnya dari dalam air. Haiwan itu sempat dilihat mengelilinginya sebelum melancarkan serangan seterusnya.

Kredit Twitter

Lelaki itu juga dapat dilihat cuba berenang ke arah pantai, namun tidak sempat kerana dia sekali lagi diserang oleh jerung itu.

Berdasarkan video itu lagi, serangan itu telah menyebabkan tubuhnya berputar di dalam air dan kakinya terangkat ke permukaan air. Suara latar di dalam rakaman itu jelas kedengaran orang ramai menjerit ketakutan dan meminta lelaki itu berenang ke darat.

Kredit Twitter

“Berenanglah, berenang! Cepat! Jerung!” kedengaran suara di sebalik rakaman video itu.

Percikan di dalam air berhenti dan kepala lelaki itu kembali timbul ke permukaan air. Lelaki itu boleh didengari menjeri ‘Papa’, merayu meminta tolong selepas air di sekitarnya bertukar merah.

Lelaki itu muncul buat kali terakhir dan badan jerung itu dilihat bergelut di dalam air sebelum menyeret mangsa jauh ke bawah.

Kredit Twitter

Disahkan maut akibat diserang jerung

Dalam pada itu, Kementerian Luar Rusia mengesahkan kematian seorang warganegaranya akibat serangan jerung tersebut.

Seorang pelancong wanita Rusia yang tidak mahu dikenali berkata: “Para penyelamat bertindak balas dengan cepat. Saya segera merasakan bahawa ia adalah serangan jerung.

“Saya segera melompat dan menjerit, ‘Jerung! Selamatkan diri!.” kata saksi itu.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Insiden serangan jerung itu dilaporkan berlaku di Dream Beach di Hurghada.

Pelancong diberi amaran supaya berwaspada di pusat peranginan popular itu dan mengikut arahan serta larangan kakitangan hotel.

 

Sumber: Daily Mail

The post Lelaki Maut Diserang Ikan Jerung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*