Polis Sahkan Lelaki Tikam Pesakit Mengamuk Sebelum Tiba Di Hospital

lelaki tikam pesakit

Polis Sahkan Lelaki Tikam Pesakit Mengamuk Sebelum Tiba Di Hospital

Polis mengesahkan seorang pesakit mental yang menikam lelaki di Hospital Selayang, dipercayai melakukan perbuatan agresif di rumah kakaknya sebelum tiba pusat perubatan.

Memetik Awani, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata selepas suspek ditenangkan di rumah, dia kemudian dibawa ke hospital bersama ahli keluarganya.

Mereka bergerak menuju ke hospital menaiki kenderaan sekitar 1.25 pagi.

Sebelum kejadian tikam pesakit pada selasa lalu, lelaki itu pulang dari Lahad Datu, Sabah dan menuju ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur.

“Maklumat yang kita terima daripada waris suspek ini bahawa dia ini sebenarnya datang dari Lahad Datu ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur dan telah bertindak secara agresif dan bila mereka tidak dapat mengawal suspek.

“Mereka telah meminta bantuan untuk dibawa (suspek) ke hospital berdekatan, kita hanya mengiringi dengan menaiki motosikal dan dibawa ke hospital,”katanya.

Ujar Sasikala, pada waktu pagi di hari kejadian, pihaknya membantu suspek menaiki dua motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Manakala insiden lelaki ditikam itu berlaku pada waktu tengahari.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Tambahnya, suspek berada dalam keadaan tidak sesuai untuk ditemu bual setelah hospital memaklumkan mengenai keadaannya.

Menurut Sasikala, pihaknya juga pada waktu ini belum menerima apa-apa maklumat dari pihak hospital dan masih menunggu laporan psikiatri berkaitan pelaku.

Hal ini kerana polis mahu menjalankan siasatan lanjut ke atas kes tersebut.

Selalu lalu, sekitar 3.45 petang seorang lelaki bertindak untuk menikam pesakit Hospital Selayang di Jabatan Kecemasan.

Susulan itu, mangsa yang mengalami demam denggi itu cedera di bahagian abdomen kiri dan kanan badan serta pada bahagian belakang badan.

Mangsa tikam Hospital Selayang biberi rawatan terbaik

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut melaporkan akan memastikan mangsa yang ditikam seorang pesakit mental diberikan rawatan terbaik.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang Dr Afidah Ali serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa.

“Ini bagi menjelaskan keadaan yang berlaku termasuk usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan pesakit diberikan rawatan yang terbaik,” katanya dalam catatan di Twitter.

Sumber: Awani

BACA: KKM Kaji Semula SOP Bawa Pesakit Psikiatri Ke Fasiliti Kesihatan

The post Polis Sahkan Lelaki Tikam Pesakit Mengamuk Sebelum Tiba Di Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*