Polis Trafik Tular Boncengkan Warga Emas Dapat Sijil Penghargaan

polis dapat sijil

Polis Trafik Tular Boncengkan Warga Emas Dapat Sijil Penghargaan

KOTA BHARU, 22 Jan (Bernama) — Niat murni seorang anggota polis trafik Konstabel Muhammad Zulhairie Nayan, 28, memboncengkan wanita warga emas dari Jalan Merbau di sini, ke Masjid Muhammadi mendapat penghargaan pimpinan tertinggi polis Kelantan.

Muhammad Zulhairie berkata sebelum itu, beliau melihat warga emas berusia 70-an berkenaan berjalan seorang diri untuk melintas jalan.

“Saya mendekati wanita itu yang memaklumkan mahu ke Masjid Muhammadi dalam jarak kira-kira satu kilometer (km).

“Saya membantu wanita itu kerana melihat dirinya sudah berumur dan berjalan seorang diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil penghargaan pada Majlis Penyampaian Pangkat Sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.

Video berdurasi 27 saat memaparkan tindakan Muhammad Zulhairie yang berasal dari Gerik, Perak tular dalam laman Facebook pada 17 Jan lepas, sehingga mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji sikap mulia anggota polis berkenaan.

BACA: Polis Tahan Duda Didakwa Jual Rakaman Video Lucah Bersama 20 Wanita

Muhammad Zulhairie yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berkata ketika kejadian, beliau sedang bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan itu.

“Tidak terlintas dalam fikiran saya tindakan itu akan menjadi tular kerana bagi saya, ia perkara biasa sebagai seorang anggota polis membantu masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata tindakan anggota berkenaan harus dipuji kerana membantu masyarakat tanpa mengira keadaan.

“Semua pegawai dan anggota disyorkan berbuat demikian kerana ia satu perbuatan yang mulia serta menunjukkan bahawa pasukan polis sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Polis Trafik Tular Boncengkan Warga Emas Dapat Sijil Penghargaan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*