Lelaki Maut Kepala Tersepit Di Pintu Lif

Lelaki maut kepala tersepit

Lelaki Maut Kepala Tersepit Di Pintu Lif

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kepalanya tersepit pada sebuah pintu lif di bangunan One Stop Centre, Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang.

Tragedi malang berkenaan dimaklumkan oleh JBPM Pulau Pinang menerusi satu muat naik hantaran di Facebook sebentar tadi.

JBPM Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada kira-kira jam 4.45 petang hari ini.

Susulan laporan tersebut, Pasukan Bomba daripada BBP Bagan Jermal yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Ahmad Rezki Faris Bin Ismail kemudiannya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setibanya pasukan tersebut ke lokasi kejadian, mangsa seorang lelaki dewasa telah ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit di pintu lif bangunan berkenaan.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan daripada pintu lif tersebut hasil daripada tindakan pantas dan operasi penyelamatan yang dilakukan oleh pasukan Bomba.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook/Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

The post Lelaki Maut Kepala Tersepit Di Pintu Lif appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*