Lelaki Maut, Leher Tersepit Di Pintu “Shutter” ATM

leher tersepit pintu

Lelaki Maut, Leher Tersepit Di Pintu “Shutter” ATM

SHAH ALAM — Seorang lelaki dilaporkan maut apabila lehernya tersepit pada pintu masuk sebuah bank dalam satu insiden di Kota Kemuning hari ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim,  kira-kira jam 7.29 pagi tadi, pihaknya telah menerima maklumat oleh orang awam berhubung kejadian.

Kata Mohd Iqbal, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta terbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin pengeluaran automatik (ATM) bank tersebut.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati mangsa dilihat berbaring di hadapan pintu masuk ke ruang mesin ATM dipercayai dalam keadaan mabuk pada jam 11.48 malam.

“Pada 12.01 tengah malam, pintu ‘shutter’ ruang mesin ATM itu tertutup secara automatik menyebabkan leher mangsa tersepit antara pintu shutter dan lantai sebelum ia terbuka (secara automatik) semula pada jam 6 pagi,” maklumnya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: Ketahui 3T Pada Tayar Kereta Sebelum Beli

Tambahnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati mangsa dianggarkan berumur lingkungan 50-an hingga 60-an serta tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri,” jelasnya lagi.

Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan. Manakala kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Shahrul di talian 012-3630512,” jelasnya.

Lelaki Maut Tersepit Pintu Lif

Seminggu lalu, seorang lelaki dilaporkan maut selepas kepalanya tersepit pada sebuah pintu lif di bangunan One Stop Centre, Jalan Burma, Georgetown, Pulau Pinang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerusi satu muat naik hantaran di Facebook.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki dewasa telah ditemui dalam keadaan kepalanya tersepit di pintu lif bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan parah di bahagian leher selepas berjaya dikeluarkan daripada pintu lif tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The post Lelaki Maut, Leher Tersepit Di Pintu “Shutter” ATM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*