Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Pesawat Dinaiki Pergi Haji Dipandu Anak Sendiri

pesawat dipandu anak sendiri

Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Pesawat Dinaiki Pergi Haji Dipandu Anak Sendiri

Seorang juruterbang Mesir membuat kejutan ke atas ibunya dengan menerbangkan sendiri pesawat yang membawa ibunya untuk pergi menunaikan ibadah Haji di Arab Saudi, lapor BNN.

Juruterbang, Abdullah Muhammad Bahi berkata, dia bekerja sebagai pembantu juruterbang di EgyptAir dan ingin mengejutkan ibunya dengan membawa pesawat yang dinaikinya ke tanah suci.

Menurut Abdullah, dia telah mengatur kejutan itu bersama rakan sekerjanya tanpa memberitahu ibunya.

Pada awalnya, Abdullah telah bersiap-siap dengan berpakaian seragam penerbangan rasmi dan meninggalkan rumah bersama ibunya.

Dia memberitahu ibunya bahawa dia akan menghantarnya ke lapangan terbang dan kemudian akan menyertai anak kapal penerbangan EgyptAir untuk ke Kuwait.

Katanya, ibunya terkejut ketika menaiki penerbangan ke Mekah dan melihat dia sedang menunggu di pintu masuk untuk bersalam.

Kredit Instagram

Tambahnya lagi, dia juga telah mengatur untuk merakam video kejutan itu dan berhasrat untuk menyiarkannya di media sosial.

Kredit Instagram

Abdullah, 31, telah menamatkan pengajian di Kolej Penerbangan pada 2012 dan menyertai EgyptAir pada 2022 yang lalu.

Peluang itu telah ditunggu oleh Abdullah selama 10 tahun

Menurutnya, dia telah menunggu selama 10 tahun untuk memenuhi impiannya bekerja sebagai juruterbang. Dia juga telah memenuhi impian keduanya untuk memandu sendiri pesawat yang dinaiki ibunya ketika mahu menunaikan Haji.

Rakaman video kejutan itu kemudiannya disiarkan Abdullah di laman Instagram miliknya, di mana dia hanya mempunyai sejumlah pengikut yang sedikit.

Tetapi selepas video itu dimuat naik, dia telah menerima reaksi yang positif dari pengguna media sosial di seluruh dunia.

Dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan, terdapat satu komen yang telah meninggalkan kesan kepadanya.

Komen tersebut berbunyi: “Sejuk perut ibu mengandungkannya selama sembilan bulan.”

Menurut Abdullah, komen itu menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat orang ramai terhadap ibu mereka.

BACA: Lelaki Ajar Teknik Mudah Guna “Chopstick”, “Confirm” Ramai Boleh Buat

Tambah Abdullah, dia sangat gembira kerana telah membuat ibunya gembira dan bangga dalam berkongsi detik istimewa tersebut.

Selain itu, Abdullah juga sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawat dan rakan-rakan lain atas sokongan dan kerjasama dalam mengatur kejutan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abdalla Bahey (@abdalla_bahey)

Sumber: BNN

The post Wanita Menangis Gembira, Tak Sangka Pesawat Dinaiki Pergi Haji Dipandu Anak Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*