Najib Tidak Diwakili Semasa Rayuan, Berlaku Ketidakadilan, Kata Hakim

najib rayuan tidak diwakili

Najib Tidak Diwakili Semasa Rayuan, Berlaku Ketidakadilan, Kata Hakim

PUTRAJAYA, 31 Mac (Bernama) — Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.

“Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian. Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu, iaitu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram.

“Pemohon (Najib) langsung tidak didengari. Pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil. Beliau dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan. Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

“Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata hakim itu ketika membenarkan permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan 12 tahun penjara dan denda kerana menyelewengan RM42 juta dana SRC International.

BACA: Didakwa Halang Tugas MBPJ Tangkap Anjing Liar, Warga Emas Bakal Dituduh Di Mahkamah

Sumber: Bernama

The post Najib Tidak Diwakili Semasa Rayuan, Berlaku Ketidakadilan, Kata Hakim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*