Lelaki mimpi potong daging rupanya ‘kerat’ zakar sendiri

Seorang lelaki di Ghana terpaksa merayu tabung derma bagi pembedahan selepas terpotong zakar sendiri ketika sedang bermimpi, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Kofi Atta,47, terlelap di kerusi rehat dan tanpa sedar bangun mengambil pisau lalu memotong kemaluannya yang disangka daging semasa dalam mimpi.

Atta terjaga dalam keadaan separuh sedar selepas berasa sakit akibat kecederaan itu dan berjaya meminta bantuan jiran yang terkejut melihat dia dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya sedang duduk di kerusi saya ketika mengantuk. Dalam tidur saya, saya bermimpi bahawa saya sedang memotong daging.

“Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu dan saya sangat keliru,” jelas Atta.

Atta hanya sedar apa yang berlaku bukan mimpi apabila tiba di hospital selepas dibawa oleh dua jirannya. – Agensi

BACA: Wanita ditahan kerana lakukan hubungan terlarang dengan anjing, dirakam teman lelakinya

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*