Lelaki Naik Hairan, Terima Surat Klasik Dikirim Dari Tahun 1995 Dirumahnya

Lelaki Naik Hairan, Terima Surat Klasik Dikirim Dari Tahun 1995 Dirumahnya

Seorang lelaki British terkejut apabila menerima sepucuk surat yang dikirim dari tahun 1995 di rumahnya minggu lepas.

John Rainbow, 60, berkata surat yang diterimanya Jumaat lalu itu ditampal dengan setem kelas pertama Royal Mail bernilai 25 sen yang berusia 28 tahun.

“Surat ini mungkin ditujukan kepada penghuni rumah sebelum ini, mereka berkemungkinan tinggal di sini kira-kira 12 ke 15 tahun lalu.

“Ketika surat itu dibuka dan melihatnya, saya merasa aneh. Apabila saya menyemak tarikh ia dihantar, ia bertarikh 3 Ogos 1995. Sukar dipercayai bagaimana surat ini tiba pada 2023,” katanya.

Difahamkan, surat tersebut telah dihantar dari alamat di Bridgwater, berdekatan Somerset, United Kingdom.

“Surat ini berada dalam keadaan sempurna, cuma kelihatan usang sahaja,” katanya lagi.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kandungan surat tersebut, John berkata isinya mengenai kehidupan sebuah keluarga pada era 1880-an, memori zaman kanak-kanak, dan anak-anak penulis yang sudah membesar.

Kata John lagi, mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah atau hubungan penghuni rumah berkenaan sebelum ini.

Penerima surat tersebut, Valerie Jarvis-Read pernah mendiami rumah tersebut sehingga 2010 dan kemudian terdapat beberapa penyewa lain selepas itu sebelum John menyewanya sehingga sekarang.

John juga percaya Valerie mungkin sudah meninggal dunia disebabkan faktor umurnya yang sudah lanjut berdasarkan keterangan jiran-jirannya yang mengenali wanita tersebut.

Tina Robinson, jiran kepada John berkata, Valerie merupakan seorang penunjuk arah kepada suaminya yang pernah berkhidmat dengan pasukan tentera di Le Mans, semasa Perang Dunia Pertama.

“Terdapat beberapa gambar suaminya berjabat tangan dengan Putera Phillip di dalam rumah tersebut, tetapi saya tidak dapat mengingati apakah kisah disebalik gambar tersebut.

“Alangkah baiknya apabila mengetahui penghantar surat itu mempunyai saudara mara dan mereka tahu surat itu akhirnya sampai ke destinasi,” kata Tina.

BACA: “Bila Saya Baca Balik Surat Itu, Saya Ketawa” Jumpa Semula Surat Cinta Sendiri Dalam Botol Selepas 25 Tahun

Sumber: Hexham Courant

The post Lelaki Naik Hairan, Terima Surat Klasik Dikirim Dari Tahun 1995 Dirumahnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*