Pengunjung Taman Tema Cemas, “Roller Coaster” Tiba-Tiba Berhenti Akibat Bekalan Elektrik Terputus

roller coaster berhenti

Pengunjung Taman Tema Cemas, “Roller Coaster” Tiba-Tiba Berhenti Akibat Bekalan Elektrik Terputus

Sekumpulan 11 orang pelancong dilaporkan tergantung secara terbalik selepas ‘roller coaster’ yang dinaiki mereka terhenti akibat terputus bekalan elektrik.

Memetik VN Ecpress, kejadian yang dipercayai berlaku di taman tema di Wilayah Hebei, China pad 6 Jun itu telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan pengunjung taman tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial China sejak beberapa hari lalu memaparkan kejadian seram itu.

Kredit TikTok

Video itu memaparkan sebuah gerabak ‘roller coaster’ yang membawa 11 pelancong bergerak ke puncak trak. Namun secara tiba-tiba, ia telah terhenti akibat mengalami gangguan bekalan elektrik.

Kredit TikTok

Semua penumpang terpaksa berada di posisi terbalik selama kira-kira 20 minit sebelum berjaya diselamatkan.

Ekoran kejadian itu, kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci sama ada pihak taman hiburan itu akan memberikan pampasan kepada kesemua pelancong yang terlibat.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata China berkata bahawa mereka masih lagi menyiasat mengenai punca kejadian itu.

Pada masa ini, taman tema itu masih lagi dibuka kepada pelancong. Akan tetapi terdapat beberapa permainan terpaksa dihentikan buat seketika bagi tujuan penyelenggaraan.

Januari lalu, beberapa pelancong dibiarkan tergantung secara terbalik dalam permainan pendulum selepas ia rosak di sebuah taman tema yang lain di China.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Terdahulu, sekumpulan pengunjung yang menaiki sebuah permainan di taman hiburan di China alami detik cemas selepas terperangkap secara terbalik selama 10 minit. Ia ekoran daripada kerosakan teknikal yang berlaku kepada permainan berkenaan.

Dalam kejadian yang mengerunkan itu, pengunjung tersebut telah tergantung secara terbalik gara-gara permainan berkenaan berhenti secara tiba-tiba. Video kejadian itu berjaya dirakam oleh pengunjung yang lalu-lalang di kawasan tersebut sebelum dikongsikan di media sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 19 Januari lalu di taman hiburan yang terletak di Fuyang, wilayah Anhui di China.

Video kejadian ngeri itu turut dikongsikan oleh TRT World di akaun Twitter  rasminya dengan menyatakan bahawa pengunjung yang menaiki permainan tersebut telah tergantung secara terbalik selama 10 minit.

@dailymail

A group of tourists were left hanging upside-down on a roller coaster after a power outage at a theme park in China. #fyp #rollercoaster #stuck #ride #themepark #scary

♬ original sound – Daily Mail

Sumber: VN Express

The post Pengunjung Taman Tema Cemas, “Roller Coaster” Tiba-Tiba Berhenti Akibat Bekalan Elektrik Terputus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*