Lelaki Pukul Isteri Tak Endah Suruhan Buat Kerja Rumah Ditahan

lelaki pukul isteri

Lelaki Pukul Isteri Tak Endah Suruhan Buat Kerja Rumah Ditahan

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.

BACA: Bukan “Rock”, Ini Maksud Isyarat Tangan Tunku Azizah

“Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.

“Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat serta Seksyan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Pukul Isteri Tak Endah Suruhan Buat Kerja Rumah Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*