Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

lelaki ramal gempa bumi

Umum mengetahui, satu gempa bumi berukuran 7.8 magnitud dilaporkan telah melanda di selatan Turkiye iaitu di daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras, pada Isnin lalu.

Gempa tersebut menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.

Kredit: USGS

Kejadian itu membuatkan bangunan roboh dan ranap hingga mencetuskan suasana hiruk pikuk buat penduduk di sana dan laporan media setakat ini, gempa itu telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria.

Menurut Peta Google, Gaziantep terletak kira-kira 11 jam dari wilayah Laut Aegean dan 12 jam dari Marmara, di mana gempa bumi besar telah diramalkan pada Disember 2022 oleh pakar gempa bumi, lapor News 18.

Tular di media sosial apabila seorang penyelidik Belanda, Frank Hoogerbeets yang bekerja untuk organisasi Penyiasatan Geometry Sistem Suria (SSGS) telah meramalkan gempa bumi pada 3 Februari.

Dalam satu ciapan di Twitter, Frank Hoogerbeets mengatakan satu gempa bumi akan melanda di rantau Turkiye.

“Lambat laun akan ada gempa bumi berukuran 7.5 Magnitud di rantau ini (Selatan tengah Turki, Jordan, Syria, Lubnan),” katanya.

Selepas ramalan Frank Hoogerbeets menjadi viral, dia berkata lambat laun gempa itu akan berlaku di rantau tersebut sama seperti tahun 115 dan 526, yang sentiasa didahului oleh geometri planet yang kritikal seperti 4 dan 5 Februari.

Namun menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (United States Geological Survey), ramalan gempa bumi tidak disokong oleh bukti sanitifk kerana gempa adalah fenomena semula jadi.

Susulan itu, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar.

Malaysia Hantar Bantuan Ke Turkiye

Oleh itu, bagi membantu Turkiye, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye Syria dengan menyasarkan kutipan dana sebanyak empat juta.

MAPIM juga menggerakkan misi bantuan bagi membantu mangsa-mangsa tragedi yang terlibat dengan gempa bumi.

NGO pertama hantar bantuan kemanusiaan

Kredit: Siakap Keli

Dalam pada itu, menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin MAPIM merupakan badan bukan kerajaan (NGO) pertama yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Turkiye.

“Ini adalah NGO yang terawal bersedia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan ke atas Turkiye dan Syria, tahniah kepada pihak MAPIM,” katanya.

Ketua Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye dan Syria MAPIM Malaysia Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata misi bantuan itu disertai 11 anggota delegasi termasuk empat petugas media.

Dari aspek keselamatan, Ahmad Sani berkata semua ahli MAPIM yang menjadi sukarelawan misi ini diwajibkan untuk mengambil insurans supaya kesejahteraan mereka terpelihara. 

Kredit: Siakap Keli

“Kita faham dan yakin melihat kecekapan (mengendali gempa) kerajaan Turkiye bersama Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).

“Namun bagaimanapun selaku rakan NGO di Malaysia dan mewakili suara rakyat Malaysia kita menzahirkan rasa terpanggil untuk membantu dengan menghantar delegasi yang pertama untuk misi bantuan ini,” tambah Ahmad Sani.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelepasan Misi Bantuan Kecemasan Gempa Gaziantep Turkiye dan Syria MAPIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur malam Selasa.

Ahmad Sani yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM berkata misi kemanusiaan itu dijangka tiba di Istanbul hari ini (Rabu) dan akan berada di Turkiye serta Syria selama 17 hari.

“Kita mensasarkan dalam sekitar empat juta kerana angka ini sangat ketara dengan bantuan di luar negara. Oleh kerana keadaan bencana dan inflasi yang berlaku di Turki, terdapat banyak barang-barang keperluan yang perlu dibeli dengan jumlah yang besar.

“Untuk misi bantuan kali ini, kita membawa satu juta yang disumbangkan orang ramai kepada MAPIM dan akan diberikan kepada mangsa yang terkesan di wilayah Gaziantep,” jelas Ahmad Sani.

Sumbangan barangan asas

Ujar Ahmad Sani, MAPIM tidak dapat membantu daripada segi operasi dan menyelamat (SAR), namun dapat membantu memberi bantuan khususnya barangan asas kepada mangsa yang terlibat.

“Antara barang keperluan yang akan disumbangkan adalah seperti selimut musim sejuk, makanan, khemah dan ubat-ubatan. Namun bantuan ini berbentuk dinamik yang berkemungkinan akan berubah dari masa ke semasa,” tambah Ahmad Sani.

Sementara itu, Ahmad Sani berkata misi bantuan ini juga memberi fokus kepada keadaan di Syria bersempadan dengan A’zaz, yang turut terjejas dengan gempa bumi tersebut.

Tambahnya, pihak MAPIM berada di peringkat akhir untuk menghantar bantuan musim sejuk di Syria, tetapi dengan bencana yang menimpa membuatkan tumpuan pertolongan itu berubah.

Beberapa cabaran yang bakal dihadapi turut digariskan, antaranya dengan cuaca musim sejuk yang akan menyukarkan perjalanan di kawasan terlibat.

“Cabaran yang kita kenal pasti adalah musim sejuk yang melanda negara itu, kemudian akses untuk pergi ke kawasan yang paling terkesan dengan bencana. Selain itu, cabaran untuk mendapatkan barangan asas dengan skala yang besar dan cepat.

“Tetapi dengan bantuan agensi wakaf kerajaan Turkiye, ia akan membantu membawa MAPIM mendorong kepada hala tuju yang lebih jelas,” katanya.

Kredit: Siakap Keli

Ahmad Sani juga sangat optimis bahawa tabung bantuan yang dibuka akan mencapai jumlah yang ditetapkan ia juga memerlukan masa buat penderma untuk menderma.

“Saya pasti misi ini juga membawa suara rakyat Malaysia dan membawa nama negara itu merupakan perkara yang besar, diharapkan bantuan yang diberikan akan meringankan beban mangsa tragedi di kedua-dua kawasan bencana.

“Saya merayu daripada bumi Malaysia, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan kita membantu dan juga menginfak bantuan seluas-luasnya kepada mangsa tragedi di Gaziantep yang kehilangan rumah serta berhadapan dengan musim sejuk.

“Sumbangan anda sangat memberi kesan dengan meringankan beban serta kesedihan mereka. Justeru hulurkan bantuan menerusi MAPIM, kita menghantar bantuan atas nama keprihatinan satu Malaysia,” kata Ahmad Sani.

Kredit: MAPIM

Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, boleh dibuat menerusi laman web www.mapim.org atau menghubungi pihak MAPIM melalui Facebook. Sekiranya mempunyai soalan berkenaan dengan bencana, orang ramai juga boleh melayari laman web yang diberikan.

The post Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*