Adik Luth Perlukan RM6 Juta Rawat Penyakit ‘Rare’

luth rm6 juta

Adik Luth Perlukan RM6 Juta Rawat Penyakit ‘Rare’

Jangka hayat semakin singkat, seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth, yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) memerlukan sumbangan sebanyak RM6 juta dengan kadar segera untuk menjalani pembedahan pembuangan tumor tersebut.

Ibunya, Hazirah berkata sebelum ini, Luth pernah menjalani pembedahan untuk membuang sebahagian daripada tumor itu serta rawatan radioterapi dan kemoterapi namun hasil keputusan pengimejan resonans magnetik (MRI) baru-baru ini tidak memberangsangkan.

Katanya, anak lelakinya yang berusia empat tahun itu telah disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku terhadap kanak-kanak tersebut pada 31 Januari 2023.

Gambar: Bantuan

“Doktor juga mengatakan hanya 10 peratus jangka hayat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini.

“Kemungkinan anak saya mempunyai kurang dari satu tahun untuk hidup sekiranya tidak dirawat secepat mungkin,” katanya memetik laman web Bantuan.

Hazirah turut mengatakan keadaan Luth kini semakin lemah dan perlu mendapatkan rawatan serta perubatan ke luar negara dengan segera.

Ini kerana terdapat pasukan doktor pakar yang berpengalaman dalam merawat penyakit itu dan berjaya menyelamatkan beberapa kes yang serupa dengan Luth.

“Doktor pakar tersebut bersedia untuk merawat Luth dengan kadar segera.

“InsyaAllah dengan ikhtiar Luth dirawat oleh pasukan doktor pakar yang berpengalaman itu menjadi asbab bagi kesembuhan Luth dengan izin Allah S.W.T,” ujarnya.

BACA: Ketahui Apa Itu Pterygium & Bagaimana Cara Merawatnya

Duit simpanan tidak mencukupi

Hazirah yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata berkata dia telah mengeluarkan semua simpinan untuk keperluan, rawatan dan perubatan Luth ke luar negara.

Akan tetapi simpanannya masih belum mencukupi kerana kos di luar negara sangat tinggi hingga mencecah jutaan ringgit.

Menurutnya, perkara itu merupakan ujian hidupnya dan dia terima dengan rela hati dan yakin setiap ibu di dunia akan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

“Saya dengan rendah hati memohon bantuan daripada anda semua untuk membantu saya untuk menampung kos keperluan, rawatan dan perubatan anak saya ke luar negara.

“Saya sangat-sangat mengharapkan budi baik kalian untuk membantu anak kesayangan saya Luth yang sedang berjuang untuk sembuh.

“Saya seorang ibu yang sangat terdesak ingin melihat anak kesayangan saya pulih dengan segera dan semoga dengan doa serta sumbangan kalian, Luth dapat sembuh sepenuhnya.

“Dan segalanya saya serahkan kepada Allah SWT untuk mempermudahkan urusan kesembuhan Luth dan Allah pulihkan Luth dengan segera,” tambahnya.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, boleh salurkan menerusi Hazirah atau hubungi Mas Haziqah di Facebook.

Sumber: Bantuan

BACA: Baby Naail Selamat Terima Suntikan Ubat Zolgensma RM9.8 Juta Semalam

The post Adik Luth Perlukan RM6 Juta Rawat Penyakit ‘Rare’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*