Lelaki Selamba Rakam Puting Beliung Sebelum Ia Hancurkan Rumahnya

lelaki rakam puting beliung

Lelaki Selamba Rakam Puting Beliung Sebelum Ia Hancurkan Rumahnya

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (US) berdepan detik cemas apabila puting beliung atau tornado berputar secara pantas ke arah rumahnya ketika dia sedang merakam kejadian itu.

Menerusi video klip yang dimuat naik oleh @InterestingFck di Twitter, lelaki terbabit secara senyap merakam puting beliung itu semasa ia berada di kawasan kejiranannya.

Difahamkan, puting beliung itu melanda US pada tahun lalu dan memusnahkan kawasan itu termasuk alam sekitar di sekelilingnya.

Tornado tersebut dilihat memusnahkan beberapa rumah dan pokok-pokok dengan satu putaran yang pantas serta dentuman kilat yang kuat.

Walau bagaimanapun, lelaki terbabit tetap merakam tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya tanpa menyedari tindakannya itu membawa padah.

Tidak lama kemudian, tornado itu berpusing dan bergerak ke arahnya, seakan-akan mengetahui ada orang di dalam rumah tersebut.

Walaupun puting beliung itu sudah berada dekat dengan rumahnya, dia masih tidak berganjak sehingga ia memasuki halaman rumah.

Dia kemudiannya seperti cacing kepanasan, berasa panik apabila tornado itu menghampirinya dan berlari sebelum rakaman itu terhenti.

Rakaman berdurasi 27 saat itu menunjukkan keadaan panik yang dialami lelaki itu ketika kejadian alam tersebut berlaku.

Kejadian menakutkan itu nyata membuatkan orang awam berasa gerun walaupun hanya melihat melalui video.

BACA: Peluncur Layang-layang Maut, ‘Dicampak’ Puting Beliung Mini Sejauh 10km 

Puting beliung dan hujan batu badai ibu negara Qatar ketika perlawanan dunia

Kredit: Twitter

Beberapa bulan lalu, media melaporkan puting beliung serta hujan batu dilaporkan telah membadai Qatar ketika persiapan perlawanan suku akhir antara pasukan England dan Perancis di pentas Piala Dunia sedang giat dijalankan.

Puting beliung itu membadai bandar Ras Laffan yang terletak kira-kira 50 batu daripada ibu negara Qatar, Doha.

Negara Teluk yang menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022 telah menyaksikan beberapa peristiwa cuaca yang aneh sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Awan gelap dilihat berkumpul berhampiran Stadium Al Khor, tempat di mana kebanyakan perlawanan telah diadakan.

Jabatan meteorologi Qatar menerusi kemaskini Twitter rasminya telah berkongsikan sebuah rakaman puting beliung itu sejurus selepas menyiarkan amaran tentang hujan berserta ‘guruh’ dengan kapsyen “sila berhati-hati”.

Sumber: Catch News

The post Lelaki Selamba Rakam Puting Beliung Sebelum Ia Hancurkan Rumahnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*