Lelaki ‘Survey’ Harga Barangan Di UAE, Semuanya ‘Murah’

Lelaki ‘Survey’ Harga Barangan Di UAE, Semuanya ‘Murah’

Seperti yang anda semua tahu, setiap negara mempunyai mata wang yang tersendiri. Di Malaysia, mata wangnya adalah Ringgit Malaysia (RM), Indonesia pula menggunakan Rupiah Indonesia, Dolar digunakan oleh Amerika Syarikat dan Pound Sterling digunakan oleh United Kingdom.

Selain negara-negara yang dinyatakan, ada banyak lagi mata wang di seluruh dunia ini. Contohnya, United Arab Emirates ataupun yang lebih dikenali sebagai UAE. UAE menggunakan mata wang Arab Emirates Dinar atau AED dan ia merupakan antara negara terkaya di dunia.

Agak-agak, berapa pula harga barangan mereka di sana? Adakah barangan mereka lebih murah, ataupun lebih mahal?

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok oleh pempengaruh dari China, TorresPit telah mencuit hati ramai penonton apabila melihat riak wajahnya yang bertanya kepada rakyat UAE mengenai barangan apakah yang boleh dibeli olehnya.

Semuanya Murah

Dalam video yang dikongsikan, Torres telah menemubual beberapa rakyat UAE di dalam sebuah pusat membeli belah. Dia telah bertanyakan soalan kepada dua orang pemuda lelaki mengenai barangan yang patut dibelinya.

Dia telah bertanya, “Apakah yang saya patut beli di mall ini?”

Ia dijawab oleh seorang lelaki yang mencadangkannya untuk membeli kasut. Apabila ditanya pula mengenai jenama apa yang patut dibeli, lelaki itu menjawab, “Lono Piana,”

Selepas itu, Torres bertanya pula mengenai harga jenama yang dikatakan oleh lelaki itu. Dia terkejut apabila mendengar harga kasut jenama itu adalah AED3,000 (RM3,816.68). Kemudian dia bertanya pula kepada lelaki itu sama ada harga itu adalah murah atau tidak untuknya.

“Adakah harganya mahal?” soal Torres kepada lelaki itu.

“Tidak,” jawab lelaki itu pula.

Kemudian, dia bertanyakan soalan yang sama kepada seorang lelaki yang lain. Lelaki itu mencadangkannya untuk membeli jaket yang baharu. Lelaki itu juga berkata jenama kegemarannya adalah Monclear.

Torres bertanya, “Berapakah harga jaket di sana?”

“AED5,000, AED7,000, AED8,000,” jawab lelaki itu.

Kalau nak tahu, harga masing-masing dalam Ringgit Malaysia adalah RM6,361, RM8,905, dan RM10,1777. Apabila Torres bertanya sekiranya harga itu adalah mahal atau tidak, lelaki itu berkata ia terpulang kepada kedai yang ditujunya dan sama ada harga itu berbaloi untuk jaket itu ataupun tidak.

Lelaki itu sempat berseloroh dan meminta Torres untuk mengambil gambar dan hantarkan kepadanya sekiranya Torres membeli jaket itu.

Selepas itu, Torres bertanya pula kepada lelaki terakhir dalam video itu mengenai jenama apakah yang harus dibeli olehnya.

“Jenama apakah yang harus saya beli?” tanya Torres.

“Louis Vuitton, Armani pun bagus juga. Ia harga ‘biasa’ untuk awak. Ia harga yang murah,” kata lelaki itu.

Torres tergelak dengan kata-katanya dan bertanya, “Apakah yang dianggap murah di UAE?”

“Semuanya murah,” jawab lelaki itu dengan bersahaja.

Sekali lagi, Torres hanya mampu tergelak dengan jawapan lelaki itu. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda rasa harga barangan UAE itu semuanya murah?

@torrespit

Shopping advice from RICH MIDDLE EAST PEOPLE… 被取笑 😂 中東的土豪讓我大開眼界.…. 我是井底之蛙 🤣 全片發了! #dubai #shopping #richpeople #interview

♬ original sound – TorresPit – TorresPit

Sumber: torrespit via TikTok

BACA JUGA: Rhys Kongsi Harga Minyak Di UK, Pesan ‘Jangan Convert RM’ Kalau Taknak Menyesal

The post Lelaki ‘Survey’ Harga Barangan Di UAE, Semuanya ‘Murah’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*