Lelaki Temui Timbunan Biji Buah Oak Dalam Dinding Rumah

biji buah oak

Lelaki Temui Timbunan Biji Buah Oak Dalam Dinding Rumah

Seorang lelaki terkejut selepas menemui timbunan biji buah oak seberat 317 kilogram (kg) di rumah milik pelanggannya, lapor UNILAD.

Difahamkan, Nick Castro yang mengendalikan perniagaan menghapuskan makhluk perosak itu telah dipanggil ke sebuah rumah pelanggan untuk menghalau burung belatuk ekoran membuat kerosakan pada bahagian tepi rumah.

Jelas Nick, dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini walaupun pernah berdepan dengan situasi yang pelik. Lebih-lebih lagi dia telah mempunyai pengalaman bekerja lebih dua dekad dalam bidang berkenaan.

Haiwan berkenaan difahamkan telah meletakkan biji buah oak ke dalam lubang  yang dibuatnya di dalam dinding rumah tersebut.

Bagaimanapun, setelah memotong bahagian rumah itu, dia terkejut selepas menjumpai timbunan makanan tersebut. Tambahan lagi, terdapat lubang-lubang lain di sekitar rumah itu.

Burung kumpul kacang
Gambar: Gambar: Nick’s Extreme Pest Control/Facebook

Sementara itu, sekeping gambar memaparkan satu lubang berbentuk segi empat sama yang kecil di dinding rumah itu.

Dalam gambar berkenaan terdapat timbunan biji buah oak yang tumpah di atas lantai.

“Ia terus keluar tanpa henti. Jumlah itu mungkin satu perempat daripada dinding rumah ini. ” katanya.

BACA JUGA: Suasana Di Turkiye Kini Tak Ubah Seperti Di Medan Perang

Hasil daripada lubang-lubang dijumpai, sebanyak 317 kg kacang bersamaan lapan beg sampah besar berjaya dikumpulkan.

Tambah Nick, dia berpendapat bahawa burung itu menjadikan rumah itu sebagai tempat menyimpan biji buah itu. Ia juga dilihat sentiasa singgah ke rumah itu bersama barang yang dibawa hingga bertambah banyak.

Gambar: Nick’s Extreme Pest Control/Facebook

“Burung ini telah merosakkan bahagian luar rumah sepenuhnya dengan lubang yang dibuat.

“Kami melihat burung itu di situ. Dia meletakkan lebih banyak biji buah oak ke dalam lubang hingga mencapai 6 meter (20 kaki) tinggi ke atas loteng, ” jelas Nick lagi.

Perkara itu turut dikongsikan Nick di Facebook dan telah mendapat pelbagai komen serta reaksi daripada warganet.

Selepas menjalankan tugas, dia memaklumkan bahawa pemilik rumah berkenaan telah menampal kembali lubang yang dibuat oleh burung terbabit.

Menariknya, Nick beranggapan semua haiwan mempunyai kehidupan dan burung itu tidak perlu dibunuh.

Sumber: UNILAD

The post Lelaki Temui Timbunan Biji Buah Oak Dalam Dinding Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*