SMART Bantu Mangsa Gempa Turkiye Diserang Sakit Jantung

smart selamatkan mangsa sakit jantung

SMART Bantu Mangsa Gempa Turkiye Diserang Sakit Jantung

Tiga hari lepas, Malaysia mengumumkan akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke selatan Turkiye, selepas dilanda gempa bumi dahsyat.

Penghantaran pasukan SMART adalah bertujuan untuk membantu agensi tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di sana.

Setakat ini, negara sudah pun menghantar dua kumpulan anggota SMART ke sana termasuk anjing pengesan. Sebaik tiba Turkiye dan sesi taklimat selesai, SMART tidak menunggu lama untuk turun ke kawasan bencana dan menjalankan operasi.

Menerusi hantaran Facebooknya sebentar tadi, pasukan itu telah berkongsi kemas kini semasa operasi-operasi yang dijalankan pihaknya.

SMART bantu mangsa gempa diserang sakit jantung

Pasukan tersebut berkata, pihaknya telah memberi bantuan awal kepada salah seorang mangsa runtuhan yang terkena serangan jantung. Bantuan awal itu diberikan oleh salah seorang anggota paramedik daripada pasukan berkenaan.

Beberapa keping foto lain yang dimuat naik turut memaparkan anggota-anggota SMART memerika kawasan runtuhan, dipercayai bagi mengesan jika masih ada mangsa yang terperangkap.

Anggota-anggota yang membuat pemeriksaan tersebut dilihat menggunakan beberapa alatan tertentu bagi memudahkan operasi.

 

Pasukan SMART Dihantar Ke Turkiye, Bantu Usaha Mencari dan Menyelamat

Difahamkan seramai 75 anggota SMART telah digerakkan ke Turkiye beberapa hari lepas menerusi penerbangan Turkish Airlines bersama peralatan-peralatan yang akan digunakan di dalam operasi berkenaan.

Proses penghantaran pasukan tersebut dibuat setelah memperoleh persetujuan daripada Perdana Menteri dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada Kerajaan Turkiye.

Untuk makluman, pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016. Pengiktirafan tersebut membolehkan pasukan berkenaan dihantar dan terlibat dalam misi bantuan melibatkan kawasan bencana di luar negara.

Angka korban terkini bencana gempa bumi di Turkiye

Terbaharu, jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, lapor Agensi Anadolu.

Seramai 12,391 orang terbunuh manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin dan berpusat di wilayah Kahramanmaras.

Wilayah lain di selatan dan timur Türkiye yang turut terjejas ialah Gaziantep, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.

BACA: Gempa Bumi: Angka Korban Di Turkiye Sudah Melepasi 12,000 Orang- Agensi

Sumber: SMART via Facebook

The post SMART Bantu Mangsa Gempa Turkiye Diserang Sakit Jantung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*