Lelaki Temui Jam Rolex Vintaj Di Dasar Laut Pasifik, Masih Berdetik Walau 5 Tahun Terdampar

jam rolex vintaj laut pasifik

Lelaki Temui Jam Rolex Vintaj Di Dasar Laut Pasifik, Masih Berdetik Walau 5 Tahun Terdampar

Seorang peluncur dan penjelah laut Australia berjaya menemui seutas jam tangan jenama Rolex yang masih berdetik selepas lima tahun terdampar di dasar lautan, lapor Fratello.

Jam tangan itu berjaya ditemui peluncur bernama Matt Cuddihy ketika sedang menikmati ombak di Noosa, Queensland, Australia.

“Saya hanya bersnorkeling di sekitar kawasan yang biasa saya pergi di Noosa. Saya dapati tujuh sirip papan luncur tersepit di antara celahan batu.

“Ketika melihat dengan lebih dala lagi, saya dapati terdapat seutas jam Rolex Submariner dengan tali yang lengkap terperangkap di bawah batu.

“Kaca jam itu sebahagiannya telah terhakis akibat pasir yang bergerak di sekilingnya untuk masa yang lama,” tulis Matt di Instagram miliknya.

Penemuan tersebut bukan kali yang pertama ditemui oleh peluncur di luar pantai Australia.

Baru-baru ini, Citizen telah menemui model Promaster berdasarkan jam tangan yang ditemui di pantai Australia, yang ditulis oleh Nacho. Kini giliran penemuan Rolex Subamriner vintaj pula ditemui.

Peluncur Australia itu tidak mempercayai dengan apa yang ditemuinya itu.

“Saya mengambil gambar dengan GoPro saya, dan saya serta-merta ketawa dan menyangka bahawa ia pasti kes Bali,” jelas Matt.

Dia kemudiannya menyiarkan gambar jam tangan Rolex yang ditemuinya itu di akaun Instagram miliknya.

Kredit Instagram/Matt Cudihy

“Apabila saya membawanya dari lautan, saya membasuhnya menggunakan air biasa dan banyak pasir, garam dan organisma tertanggal.

“Ia berbau agak teruk dan mempunyai sedikit hakisan besar pada bezel tetapi jarumnya masih mampu bergerak. Secara teknikalnya, ia masih boleh menunjukkan masa tetapi tidak dalam zon waktu saya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Fratello kemudiannya bekerjasama dengan Matt dalam usaha membantu mencari pemilik asal jam berkenaan.

Kredit Instagram/Matt Cudihy

Lebih 200 pesanan mesej telah diterima olehnya berkenaan jam tersebut, malah ada yang turut menawarkan wang yang lumayan untuk jam tersebut.

Akhirnya, Matt telah menerima satu pesanan ringkas daripada seorang pengguna yang mengatakan bahawa ada tulisan istimewa di belakang jam tersebut.

Selepas diperiksa dan tulisan tersebut benar-benar ada, Matt kemudiannya menjejak lelaki bernama Ric yang mengakui jam itu merupakan miliknya.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Ric, 69, seorang penduduk tempatan Sunshine Coast berkata bahawa jam tangan itu sangat bermakna buat dirinya.

Jam itu dikatakan telah dihadiahkan kepadanya pada tahun 1971 ketika dia berumur 18 tahun oleh bapanya kerana memenangi perlumbaan pelayaran tempatan.

Bagi Ric, jam tangan itu telah berkongsi banyak pengembaraan dalam hidupnya sejak ia diterima pada 52 tahun yang lalu.

“Matt menjumpai jam tangan yang membuka kunci kepada keseluruhan cerita sepanjang 52 tahun ini,” kata Ric.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fratello (@fratellowatches)

Sumber: Fratello

The post Lelaki Temui Jam Rolex Vintaj Di Dasar Laut Pasifik, Masih Berdetik Walau 5 Tahun Terdampar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*