Wanita Dalam Pantang 36 Hari Ditemukan Mati Dengan Pisau Tertusuk Di Leher

wanita pantang pisau tertusuk

Wanita Dalam Pantang 36 Hari Ditemukan Mati Dengan Pisau Tertusuk Di Leher

Seorang wanita yang masih berpantang selama 36 hari ditemukan maut dengan pisau tertusuk di leher di Kampung Beris, Panchor di Kelantan semalam, lapor Awani.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, wanita berusia 35 tahun tersebut ditemui berlumuran darah di dalam bilik tidurnya bersama pisau oleh ahli keluarganya.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan berbual dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi telefon.

Mangsa ambil pisau masuk dalam bilik

Ibu mangsa, Zuraizah Mat memaklumkan sekitar 4 petang, dia melihat mangsa sempat mengambil sebilah pisau sebelum memasuki bilik.

Difahamkan juga, adik mangsa Wan Muhamad Nasir Wan Mahadi telah mencabut sendiri pisau yang tertusuk di leher kakaknya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Beris.

Dalam pada itu, Wan Muhamad Nasir memberitahu kejadian itu disedari olehnya selepas dia memanjat bilik tidur kakaknya.

Dia bertindak untuk memanjat bilik tidur itu selepas mendapati bilik berkenaan dikunci dari dalam.

Ujarnya, selepas melihat kejadian ngeri itu, Wan Muhamad Nasir kemudiannya terus memecahkan pintu bilik dan menghubungi ambulans.

“Saya ambil tangga nampak keluar darah. Saya masuk pecahkan pintu.

“Anaknya ada di luar bersama ibu. Saya terus hubungi ambulans,” katanya.

BACA: Terdengar Bisikan, Lelaki Nekad Tikam Pelajar Perempuan Hingga Mati Guna Pisau Dapur

Tiada masalah kesihatan

Ketika membuat pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, doktor mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

Mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZ II), Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

Untuk rekod, mangsa mempunyai empat orang anak dengan terbaharu berusia 36 hari.

Mayat wanita ditemukan dalam semak di Marang

Sementara itu, media melaporkan mayat seorang wanita ditemukan di dalam semak di tepi jalan Kampung Alor Gali menghala ke Wakaf Tapai.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mayat wanita dianggar berusia antara 20-an hingga 30-an itu dijumpai sekitar 2.30 petang.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang sedang mencari daun palas di kawasan berkenaan.

Sumber: Awani

The post Wanita Dalam Pantang 36 Hari Ditemukan Mati Dengan Pisau Tertusuk Di Leher appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*