Lelaki Warga Emas Didapati Miliki Jenis Darah Paling “Rare” Dan Sukar Ditemui Di Dunia

Darah Paling "Rare" Dan Sukar Ditemui Di Dunia

Lelaki Warga Emas Didapati Miliki Jenis Darah Paling “Rare” Dan Sukar Ditemui Di Dunia

Seorang lelaki berusia 65 tahun dari Gujarat di barat India yang menghidap penyakit jantung didapati mempunyai jenis darah yang paling jarang ditemui iaitu kumpulan darah EMM negatif, lapor Wion News.

Kumpulan darah berkenaan difahamkan tidak boleh dikategorikan ke dalam mana-mana empat kumpulan darah lain seperti A, B, O atau AB.

Menurut laporan Wion News, tubuh manusia mengandungi 42 jenis sistem darah yang berbeza, termasuk A, B, O, Rh dan Duffy.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Selain daripada mempunyai empat jenis kumpulan darah yang berbeza, EMM juga mempunyai jumlah yang tinggi dalam 375 jenis antigen yang berbeza.

Difahamkan terdapat 10 individu di dalam dunia ini dikatakan berbeza daripada manusia biasa kerana kekurangan antigen frekuensi tinggi EMM dalam darah mereka.

Individu yang mempunyai jenis darah yang sangat jarang ditemui ini tidak dapat menderma dan menerima darah daripada individu lain.

Terdahulu, hanya sembilan individu sahaja yang mempunyai jenis darah yang paling jarang ditemui ini, namun seorang lelaki berusia 65 tahun dari Rajkot di Gujerat telah didapati mempunyai jenis darah tersebut.

Sanmukh Joshi, seorang doktor di Pusat Derma Darah Samarpan di Surat berkata pesakit tersebut telah menerima rawatan di Ahmedabad selepas mengalami serangan jantung dan memerlukan darah untuk pembedahan jantung, lapor Wion News.

Bagaimanapun, sampel darah itu hanya dihantar ke pusat derma darah Surat apabila jenis darahnya tidak dapat dikenal pasti di Makmal Prathama di Ahmedabad.

Jenis darah warga emas itu kemudiannya didapati sebagai jenis darah paling jarang ditemui di India dan merupakan individu yang kesepuluh di dunia memiliki jenis darah berkenaan.

Ekoran daripada itu, Persatuan Transfusi Darah Antarabangsa (ISBT) telah menetapkannya sebagai kumpulan darah EMM negatif kerana tiada penemuan EMM dalam darah.

Sumber: Wion News

The post Lelaki Warga Emas Didapati Miliki Jenis Darah Paling “Rare” Dan Sukar Ditemui Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*