Lemas Di Pantai Tanjung Rhu, Mayat Penuntut UniKL Ditemui

mayat penuntut unikl

Lemas Di Pantai Tanjung Rhu, Mayat Penuntut UniKL Ditemui

LANGKAWI — Mayat seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya ditemui selepas dilaporkan lemas ketika mandi bersama rakannya dalam satu kejadian di Pantai Tanjung Rhu semalam.

Menurut Astro Awani, jasad lelaki berumur 20 tahun terbabit dijumpai pada jam 1. 24 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, anggota penyelamat menemukan mangsa dalam keadaan terapung 50 meter dari pantai.

“Mayat mangsa disahkan ibu saudara dan sepupunya yang berada di pantai itu untuk pengecaman.

“Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga,” jelasnya sewaktu dihubungi Astro Awani.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan sedang bermandi-manda bersama rakannya yang lain sebelum lemas dalam kejadian jam 6 petang semalam.

BACA JUGA: Jumlah Kematian Gempa Turkiye-Syria Mungkin Cecah 50,000 – Ketua Bantuan PBB

Arus air yang kuat sewaktu kejadian menyebabkan rakan mangsa gagal menyelamatkannya.

Mangsa merupakan mahasiswa Kejuruteraan Penerbangan, Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), Jenderam Hulu, Selangor.

Allahyarham baru sahaja menjalani latihan amali di Pulau Langkawi sejak dua minggu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 69 anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Penguatkasaan Maritim Malaysia.

Tambah Shariman, operasi pencarian disambung semula pada jam 8 pagi tadi.

Terdahulu, jasad seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai terjatuh di dalam longkang berjaya ditemukan di  Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang, lapor Bernama.

Menurut, Ketua Zon 4 (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Shahrin Yusmar Mat Yusof, mangsa ditemui oleh bomba pada jarak 400 meter dari lokasi kejadian di Pos Kawalan Bomba.

“Pada mulanya kami telah korek kawasan yang dikenal pasti ada mayat, namun tidak jumpa.

“Selepas empat kali laungan azan dibuat, tidak lama kemudian anggota saya melihat ada lalat hurung di lokasi berkenaan. Dan ketika itulah kami dapat petunjuk lalu mula menggali semula dan menemukan tubuh kanak-kanak itu,” jelasnya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Astro Awani 

The post Lemas Di Pantai Tanjung Rhu, Mayat Penuntut UniKL Ditemui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*