Jurutera China Dijatuhi Hukuman Penjara Lapan Tahun Kerana Mengintip US

jurutera china dijatuhi hukuman penjara

Jurutera China Dijatuhi Hukuman Penjara Lapan Tahun Kerana Mengintip US

Seorang jurutera warga China dipenjara lapan tahun gara-gara didakwa membuat kerja intipan di Amerika Syarikat (US) dalam kes berhubung usaha China mencuri rahsia perdagangan penerbangan US, lapor BBC.

Menurut sumber Jabatan Kehakiman US, lelaki (tertuduh) yang berusia 31 tahun itu telah dikenal pasti sebagai saintis dan jurutera dalam pengambilan terbuka.

Pihak berkuasa US berkata lelaki itu bekerja di bawah arahan unit perisikan China.

September lalu dia disabitkan bersalah kerana bertindak sebagai ejen kerajaan asing tanpa memaklumkan kepada peguam negara US.

Dia dikenakan tuduhan pengintipan dan membuat kenyataan palsu kepada tentera US.

Difahamkan, tertuduh telah tiba di US menggunakan visa pelajar sedekad yang lalu, menurut kenyataan Jabatan Kehakiman.

Dia dituduh membekalkan maklumat kepada Kementerian Keselamatan Negara (JSSD) Wilayah Jiangsu mengenai lapan individu yang kemungkinan akan direkrut.

Semua individu tersebut adalah warganegara US yang berasal dari China atau Taiwan, yang juga beberapa mereka yang bekerja sebagai kontraktor pertahanan US.

Pada 2016, lelaki itu menyertai Tentera Rizab US di bawah program yang merekrut warga asing dengan kemahiran, yang dianggap penting untuk negara namun dia berbohong mengenai permohonannya kepada perekrut.

Dia berkata dirinya tidak mempunyai hubungan dengan kerajaan asing dalam tempoh tujuh tahun yang lalu, kata pegawai US.

Akhirnya dia ditangkap pada September 2018 selepas bertemu dengan ejen penguatkuasa undang-undang US yang menyamar sebagai wakil Kementerian Keselamatan Negara (MSS) China.

Semasa soal siasat dijalankan, lelaki terbabit menjelaskan, dengan menggunakan kad tenteranya dia boleh melawat dan mengambil gambar kapal pesawat dengan bebas.

Tambahnya, sebaik sahaja dia mendapat kewarganegaraan US dan pelepasan keselamatan, dia akan mencari pekerjaan di CIA, FBI atau NASA.

Dia turut berhasrat untuk melaksanakan kerja keselamatan siber di salah satu agensi tersebut supaya boleh akses kepada semua pangkalan data mereka, termasuk yang mengandungi penyelidikan saintifik, menurut pegawai US.

Pihak berkuasa US berkata lelaki itu telah menerima arahannya daripada seorang pegawai MSS terkemuka di wilayah Jiangsu.

Tahun lalu pegawai MSS itu dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun kerana merancang untuk mencuri rahsia perdagangan daripada syarikat penerbangan dan aeroangkasa US termasuk General Electric.

Awal bulan ini, bekas pekerja General Electric terbabit dijatuhi hukuman penjara dua tahun di US kerana menyalurkan maklumat sulit daripada majikannya kepada kerajaan China.

Sumber: BBC

The post Jurutera China Dijatuhi Hukuman Penjara Lapan Tahun Kerana Mengintip US appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*