Boleh Ke Anak Nak Bayar Zakat Fitrah Untuk Mak Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Tidak Sah Bayarkan Zakat

Boleh Ke Anak Nak Bayar Zakat Fitrah Untuk Mak Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Membayar zakat fitrah merupakan salah satu ibadah yang wajib dikerjakan dalam bulan Ramadan.

Menurut Majlis Agama Islam Johor, zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur dan berkembang. Manakala zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Hukum mengeluarkan zakat fitrah pula adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.

Orang Islam yang dimaksudkan pula tidak kira yang tua atau yang muda, lelaki mahupun perempuan, berakal atau pun yang tidak berakal.

Biasanya, ketika kecil, zakat fitrah dibayarkan oleh ayah kita memandangkan kita masih dibawah tanggungan mereka.

Seiring beredarnya waktu, apabila anak-anak sudah besar dan mempunyai pekerjaan sendiri, ada yang berhajat mahu membayarkan zakat untuk ibu dan ayahnya.

Namun persoalannya, adakah anak-anak dibolehkan untuk membayarkan zakat untuk kedua-dua orang tuanya?

Soalan berkenaan telah diajukan oleh orang awam kepada penceramah bebas tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI). Jawapan UAI itu kemudian dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @zackD.

Bolehkah seorang anak bayar zakat fitrah untuk ibu bapa?

Menurut UAI, persoalan yang diajukan oleh orang awam berkenaan adalah sangat bagus dan bermanfaat untuk orang ramai.

“Boleh ke tidak? Ayah kita ada lagi (masih hidup), anak nak tolong bayar (zakat fitrah)? Tidak boleh.

“Jangan memandai-mandai. Orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri, tak boleh orang lain tolong bayarkan,” ujarnya dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, Ustaz Azhar Idrus berkata, anak-anak boleh membayar zakat fitrah untuk ibu dan ayah mereka sekiranya mereka meminta izin terlebih dahulu.

“Melain minta izin. ”Mah, ayah kita nak minta izin nak belanja mak ayah zakat fitrah tahun ni”. Mak dan ayah pula jawab ”okay, saya izinkan”, baru sah,” kata UAI lagi.

Beliau kemudian membicarakan hukum berkenaan zakat fitrah melibatkan suami dan isteri pula.

“Suami wajib bayar zakat fitrah isteri. Bila kita (suami) wajib bayar zakat fitrah untuk isteri, maka tak wajib untuk kita minta izin dia (isteri).

“Tetapi isteri tidak wajib bayar zakat fitrah untuk suami. Jika isteri memandai-mandai nak bayar, tidak sah.

“Isteri kena minta izin suami. ”Bang, saya nak bayar zakat fitrah abang tahun ini, nak guna duit saya sekali, boleh tak bang?”, suami jawab ”Boleh”, sah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih dengan UAI kerana memberi penjelasan tentang isy berkenaan.

Semoga bermanfaat.

BACA: Budak 8 Tahun Beli Rumah RM2 Juta Guna Duit Tabungan

@zack.d5

boleh ke kita byar zakat fitrah untuk org tua kita… #zakatfitrah #kuliahzohor #tazkirah #ustat #uai

♬ original sound – zackD – zackD

Sumber: @zackD via TikTok

The post Boleh Ke Anak Nak Bayar Zakat Fitrah Untuk Mak Ayah? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*