Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara – Loke

lesen MYAirline Digantung

Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara – Loke

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Lesen penerbangan syarikat penerbangan MYAirline akan digantung buat sementara waktu, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke berkata beliau difahamkan syarikat penerbangan tambang rendah itu masih wujud dan memberhentikan operasi sementara mencari pelabur.

“Itu isu komersial mereka, di pihak berkuasa kita akan menggantung lesen mereka sementara waktu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lori terminal elektrik pertama Malaysia kepada Unilever Malaysia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

MYAirline Sdn Bhd menggantung operasinya berkuat kuasa 12 Okt lepas sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

 BACA JUGA: Gantung Operasi: MYAirline Tidak Bertanggungjawab, 125,000 Penumpang Terjejas – Loke

Loke berkata pada masa ini, keutamaan adalah untuk memastikan hak pengguna terpelihara dengan mendapatkan semula ganti rugi, selain isu kebajikan 500 pekerja syarikat penerbangan itu.

“Pihak syarikat diingatkan mereka ada dua tanggungjawab dalam aspek ini iaitu pelanggan dan pekerja. Ini mesti dijaga terlebih dahulu,” katanya.

Loke berkata beliau difahamkan syarikat MYAirline akan mengadakan satu sidang media khas hari ini bagi memberi penjelasan kepada pelanggan dan staf mereka.

Sumber: BERNAMA

The post Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara – Loke appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*