Letupan Hotel Di Amerika Syarikat, 11 Orang Dilapor Cedera

11 orang cedera

Letupan Hotel Di Amerika Syarikat, 11 Orang Dilapor Cedera

Seramai 11 orang dilapor cedera selepas sebuah hotel di bandar Texas, Amerika Syarikat dilapor meletup, dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Difahamkan, kejadian yang berlaku melibatkan Hotel Sandman Signature yang terletak di kawasan pusat bandar, semalam.

Susulan kejadian itu, Polis Fort Worth menasihati orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian.

Menurut Independent yang memetik laporan CBS Texas, seorang mangsa yang dilaporkan hilang di dalam kejadian telah ditemui selamat.

Manakala seorang lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal dan dua lagi cedera parah.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Fort Worth, Craig Trojacek berkata siasatan awal mendapati letupan dipercayai berlaku disebabkan keboboran gas.

Bagaimanapun, pihaknya tidak pasti sama ada bau gas di lokasi kejadian hadir selepas letupan berlaku atau punca kepada letupan itu.

Katanya lagi, pegawai penyiasat akan terus menjalankan siasatan di lokasi kejadian bagi mengumpul bukti.

Sementara itu, stesen berita Fox 4 KDFW turut menyiarkan keadaan di lokasi selepas letupan berlaku.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, dapat dilihat keadaan tingkap di tingkat bawah hotel itu hancur dan serpihannya bertebaran di kawasan sekeliling.

Stesen itu juga melaporkan bahawa beberapa saksi mendedahkan mereka menghidu bau gas asli di tempat kejadian letupan itu berlaku.

Kejadian letupan besar itu turut mendapat respon Datuk Bandar Fort Worth, Mattie Parker yang turut membuat hantaran di laman X miliknya.

Menurutnya, pasukan penyelamat terus digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Pihak berkuasa juga akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini dengan orang ramai.

The Sandman Hotel merupakan sebuah hotel yang siap dibina pada 1920 dan mempunyai  245 bilik.

Pada asalnya ia dibina untuk William Thomas Waggoner, pemilik Ladang Wagoner dan disenaraikan dalam sebagai salah satu bangunan bersejarah.

Kini The Sandman Hotel Group dimiliki oleh Northland Properties, sebuah syarikat asal Kanada.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Independent

The post Letupan Hotel Di Amerika Syarikat, 11 Orang Dilapor Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*