Jatuh Dari Ketinggian 16,000 Kaki, iPhone Ditemui Selamat & Berfungsi

iPhone penumpang Alaska Airlines

Jatuh Dari Ketinggian 16,000 Kaki, iPhone Ditemui Selamat & Berfungsi

Telefon pintar, iPhone milik penumpang pesawat Alaska Airlines ASA 1282 ditemui dalam keadaan selamat selepas terjatuh dari ketinggian 16,000 kaki.

Telefon bimbit berkenaan dilapor terjatuh dalam kejadian tingkap dan sebahagian fiuslaj pesawat Boeing 737-9 MAX tercabut ketika penerbangan dari Portland, Oregon ke Ontario, California.

Menurut News18, kejadian melibatkan pesawat milik Alaska Airlines itu disahkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.

Berbalik kepada iPhone itu tadi, apa yang menakjubkan adalah peranti berkenaan dikatakan masih berfungsi seperti biasa ketika ditemui.

Sementara itu, Seanathan Bates yang menjumpai telefon bimbit berkenaan telah berkongsi kejadian itu di platform X.

Masih berfungsi, iPhone ditemui selamat selepas jatuh dari ketinggian 16,000 kaki

“Sebuah iPhone ditemui di tepi jalan. Masih dalam tetapan mod terbang dengan bateri separuh.

“Telefon ini dipercayai milik penumpang Alaska Airlines ASA1282. Terselamat selepas terjatuh dari ketinggian 16,000 kaki.

“Apabila saya menghubungi NTSB untuk melaporkan penemuan ini, wakilnya memaklumkan ini adalah telefon kedua yang ditemui,” katanya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Sean, iPhone yang ditemui dipercayai model iPhone 14 Pro dan ke atas.

Menurut Channel News Asia, Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Jennifer dikatakan akan menguruskan satu pertemuan dengan Bates berhubung penemuan berkenaan.

Sebelum ini, Jennifer berkata pihaknya akan memulangkan semula semua barang penumpang yang ditemui selepas siasatan selesai.

Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku akibat kejadian itu.

BACA: Tingkap Tercabut, Pesawat Alaska Airlines Terpaksa Mendarat Cemas

iPhone ditemui berada dalam keadaan selamat dan masih berfungsi

Sebelum ini, Alaska Airlines terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan cemas selepas tingkap dan sebahagian fiuslaj pesawat itu tercabut.

Insiden itu berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas. Ketika kejadian, pesawat itu dilaporkan berada di ketinggian 16,000 kaki.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: News18, CNN, CNA

The post Jatuh Dari Ketinggian 16,000 Kaki, iPhone Ditemui Selamat & Berfungsi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*