LG Rent-Up TM Meningkatkan Taraf Hidup Kediaman Malaysia

LG Rent-UpTM Meningkatkan Taraf Hidup Kediaman Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 MAC 2024 – LG Electronics (M) Sdn Bhd dengan bangganya mengumumkan pelancaran LG Rent-UpTM, yang merupakan perkhidmatan penyewaan peralatan rumah yang komprehensif di Malaysia. Program penyewaan yang inovatif ini menawarkan fleksibiliti dan kemampumilikan kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan meningkatkan kehidupan mereka dengan peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

lg rent up malaysia

(third from right) Justin Choi, Managing Director of LG Electronics Malaysia (LG) together with (from left)  Jonathan Khoo, Team Leader of PuriCare Sales; Hoo Wai Sam, Head of Product Marketing; Hojin Jung, Product Director of PuriCare Biz; Song You June, Chief Financial Officer of LG Electronics Malaysia and Joey Tang, Team Leader of PuriCare Service launched LG Rent-UpTM, Malaysia’s first comprehensive home appliance rental service.

Dengan LG Rent-UpTM, pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi untuk membeli peralatan rumah dan peralatan yang usang juga boleh diketepikan. Program terbaharu daripada LG ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan ruang kediaman mereka dengan mudah sambil mengekalkan kestabilan kewangan. Dengan sembilan rangkaian produk LG yang tersedia untuk program ini, termasuk penulen air, penulen udara, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, TV dan banyak lagi,
rakyat Malaysia kini boleh menaik taraf kediaman mereka dengan mudah dengan tempoh sewaan fleksibel minimum 5 tahun dan maksimum 7 tahun, bergantung pada rangkaian produk yang dipilih.

lg rent up malaysia

LG Rent-UpTM consists of a diverse selection of home appliances across nine LG product lines including water purifiers, air purifiers, air conditioners, washing machines, refrigerators, TVs and more.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-UpTM kami yang komprehensif kepada rakyat Malaysia. Dengan LG Rent-UpTM, kami berhasrat untuk mendatangkan pengalaman penyewaan yang terbaik kepada pengguna tempatan supaya mereka dapat menikmati produk dan perkhidmatan yang inovatif tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang berlebihan,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia.
Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG. Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisien.

Selain daripada ketersediaan perundingan pakar, perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma, serta khidmat pelanggan, LG Rent-UpTM turut menawarkan waranti standard sepanjang tempoh penyewaan. Untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang memuaskan, pengguna juga boleh menaik taraf produk sewaan mereka kepada peralatan rumah LG yang lebih baharu pada penghujung tempoh penyewaan produk semasa.

lg rent up malaysia

Justin Choi, Managing Director of LG shared that LG aims to equip Malaysians with innovative products and services, without the weight of extravagant upfront payments.

“Apa yang benar-benar membezakan perkhidmatan penyewaan kami daripada yang lain ialah komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar. Sebagai satu-satunya penyedia yang menawarkan rangkaian produk yang pelbagai di bawah program penyewaan kami, kami tidak sabar untuk menyaksikan rakyat Malaysia merangkul gaya hidup yang lebih pintar,” kata Justin.

LG Rent-UpTM kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang LG dan program Rent-UpTM mereka, sila layari laman web rasmi LG https://www.lg.com/my/rent-up atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, dan promosi terkini.

The post LG Rent-Up TM Meningkatkan Taraf Hidup Kediaman Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*