Ini Sejarah Jalan “Jammed” Paling Teruk Di Dunia, Sangkut 12 Hari Sejauh 100km

jalan jammed paling teruk dunia

Ini Sejarah Jalan “Jammed” Paling Teruk Di Dunia, Sangkut 12 Hari Sejauh 100km

Kesesakan jalan raya adalah salah satu masalah masyarakat moden yang muncul seiring berkembangnya teknologi pengangkutan.

Di Malaysia, situasi jalan sesak boleh dilihat di kota-kota besar, terutamanya ketika warganya bergerak ke tempat kerja atau ketika pulang.

Jika anda merasa lelah kerana terperangkap dalam kesesakan beberapa jam, bayangkan pula jika anda berada dalam situasi kesesakan yang ingin kami kongsikan kali ini.

Seperti yang kita semua tahu, China merupakan negara pengeluar kenderaan terbesar di dunia.

Rakyatnya yang melebihi 1 bilion menjadikan mereka antara pemilik pengangkutan peribadi terbesar di dunia juga.

Jadi tak hairanlah, kesesakan jalan raya paling teruk dan paling lama pernah berlaku di negara itu, tepatnya lagi di Beijing.

Sesuatu yang tidak disangka berlaku, situasi jalan jammed paling teruk di dunia

Pada 14 Ogos 2010, kesesakan jalan sejauh lebih 100 kilometer melibatkan ribuan kenderaan telah berlaku di kota tersebut.

Manakala kesesakan yang berlaku dikatakan berlarutan selama 12 hari. Setiap hari, kereta dapat bergerak tidak sampai 1 kilometer pun.

Ada juga pemandu terus terperangkap dan tidak dapat bergerak lansung untuk tempoh lima ke enam hari berturut-turut.

Antara punca kesesakan lalu lintas paling lama di China

Ketika kejadian itu berlaku, kerja-kerja penyelenggaraan sedang berlaku di lebuhraya yang menghubungkan Beijing dan Tibet.

Manakala kehadiran kenderaan logistik seperti lori, treler dan sebagainya pada hari tersebut juga turut memakan sehingga 50 peratus laluan lebuh raya.

Salah satunya adalah peningkatan ketara trak pengangkut arang batu dari Mongolia ke Beijing yang melalui jalan tersebut.

Bermula pada tahun 2009, 602 juta tan arang batu diangkut dan meningkat kepada 730 juta tan pada 2010.

Dua perkara tersebut dianggap sebagai punca kepada berlakunya kesesakan jalan raya paling teruk berkenaan.

Selain itu, beberapa kemalangan jalan raya juga dilaporkan berlaku dalam tempoh berkenaan, menyebabkan kesesakan bertambah teruk.

Pihak berkuasa di China berusaha menyelesaikan krisis kesesakan lalu lintas yang teruk

Ekoran itu, pihak berkuasa di China kemudian mengarahkan syarikat arang batu menangguhkan operasi mereka pada waktu pagi.

Manakala kenderaan logistik hanya dibenarkan memasuki Beijing pada waktu malam atau selepas trafik berkurangan.

Menjelang akhir Ogos 2010, kesesakan lalu lintas berjaya diatasi sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas kesesakan lalu lintas

Dalam pada itu, situasi kesesakan melampau tersebut turut membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Malangnya, ada yang mengambil kesempatan dengan menjual makanan dan minuman pada harga yang berlipat kali ganda.

Situasi itu menyebabkan ada pemandu yang sanggup berlapar daripada membayar harga makanan yang sangat mahal.

BACA: Syarikat EV China Bagi Staf Bonus Hingga 8 Bulan Gaji, Jualan 2023 Lepasi Sasaran

The post Ini Sejarah Jalan “Jammed” Paling Teruk Di Dunia, Sangkut 12 Hari Sejauh 100km appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*