Lokasi Tarikan Robot Gergasi Gundam Terkenal Di Jepun Bakal Ditutup

Lokasi Tarikan Robot Gergasi Gundam Terkenal Di Jepun Bakal Ditutup

Kartun animasi Jepun atau lebih dikenali sebagai anime memang tak asing lagi dengan kehidupan zaman kanak-kanak.

Salah satu anime terkenal dan menjadi memori kepada zaman kanak-kanak tentunya siri Gundam. Anime berkenaan mengangkat tema robot gergasi yang dikendalikan oleh manusia untuk bertempur atau berperang.

Antara siri Gundam yang paling terkenal adalah Mobile Suit Gundam Seed dan filem animenya, Freedom.

Apabila menonton anime berkenaan, kerap kali kita berimaginasi untuk mengendalikan sendiri robot-robot tersebut.

Walaupun robot gergasi yang boleh terbang lincah masih jauh daripada realiti, namun di Jepun replika robot gergasi ini pernah dibina.

Robot Gundam setinggi 18 meter dilancarkan pada Disember 2020

Pada 2020, sebuah replika Gundam setinggi 18 meter, yang dikenali sebagai Kilang Gundam Yokomaha telah dibina dan menjadi tarikan utama pelancong di wilayah itu.

Dibina berdasarkan model RX-78-2 Gundam, replika berkenaan menjadi tumpuan kerana memiliki pergerakan mekanikal, persis seperti di dalam anime.

Namun begitu, portal berita tempatan, Soranews24 melaporkan tarikan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi dan tiket-tiket akhir untuk melawat robot berkenaan sudah pun dijual.

Menurut Soranews24, tarikan berkenaan yang dibina itu dirancang untuk dipamerkan sehingga 21 Mac 2021. Namun disebabkan pandemik dan atas permintaan peminat global, tarikh berkenaan dilanjutkan sehingga Mac 2023.

Bagaimanapun, menjelang tarikh berkenaan, tempoh pameran dilanjutkan sekali lagi selama setahun dan akan berakhir pada Mac ini.

Menurut laman web rasmi pameran tersebut, 31 Mac ini menjadi bulan terakhir mereka beroperasi. Manakala pelancong ada tempoh sehingga bulan hadapan untuk melawat robot gergasi berkenaan.

Untuk tujuan tersebut, pelancong boleh membeli tiket daripada kelompok terakhir yang disediakan dan tiket juga boleh dibeli secara pra-tempahan.

Jualan akan ditutup serta-merta apabila tiket sudah habis dibeli. Sekiranya masih berbaki sehingga tarikh penutupan, tiket akan dijual secara langsung di tapak pameran.

Menurut Soranews24, kemudahan seperti cafe dan kedai jualan cenderahati yang dibina bersama di kawasan berkenaan juga berkemungkinan turut ditutup.

BACA: Art of Speed Malaysia Mempersembahkan Off The Grid 2024

Sumber: soranews24

The post Lokasi Tarikan Robot Gergasi Gundam Terkenal Di Jepun Bakal Ditutup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*