Ada Yang Dapat RM1 Juta, Kenapa 91 Jenis Sukan Ni Boleh Dapat Dana Untuk Penganjuran Program?

Dana Penganjuran Program

Penganjuran pelbagai jenis program sukan sememangnya mendatangkan pelbagai manfaat. Antaranya, acara sukan dapat meningkatkan semangat perpaduan, menonjolkan dan mengembangkan bakat, mengembalikan semula sektor sukan ekoran pandemik dan dapat merancakkan lagi bidang sukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2023. Walau bagaimanapun, untuk menganjurkan sesuatu program bukannya mudah, lagi-lagi yang melibatkan kos penganjuran sehinggakan ada yang terpaksa membelanjakan sehingga berjuta-juta ringgit bagi menjayakannya. Pun begitu, faedah yang diperolehi sememangnya tidak dapat dinafikan dan pastinya sangat-sangat berbaloi.

Dalam pada itu, tahu tak yang sebenarnya ada 91 jenis sukan yang telah mendapat dana untuk menganjurkan program sukan. Lebih menarik, ada yang telah mendapat sehingga RM1 juta. Tapi, macam mana sukan-sukan ini boleh dapat? Mari kita rungkaikan bersama.

Mungkin adalah lebih baik untuk kita melihat terlebih dahulu jenis-jenis sukan yang dimaksudkan. Antaranya termasuklah sukan-sukan terkenal seperti bola sepak, badminton, futsal, gimnastik dan lain-lain. Tidak terkecuali, ada juga sukan yang jarang-jarang kita dengar turut mendapat suntikan dana untuk menganjurkan program. Antaranya ialah Kanu, Kabaddi, Larian Denai, Silambam dan juga Teqball. Seperti senarai penuh 91 jenis sukan di bawah, kesemuanya sudah pasti dapat memberikan pelbagai manfaat sama ada kepada peserta itu sendiri, penganjur, sektor sukan di Malaysia dan juga dapat memupuk nilai perpaduan yang lebih erat.

Dana Penganjuran Program

Daripada manakah sumber dana untuk penganjuran program sukan ini? 91 jenis sukan yang disenaraikan di atas telahpun menerima manfaat daripada Geran Padanan Sukan.

Geran Padanan Sukan (GPS), Kementerian Belia Dan Sukan

GPS merupakan bantuan kewangan program sukan sehingga 50% daripada kos penganjuran program. Para penganjur boleh mendapatkan bantuan sehingga nilai maksima iaitu RM1 juta, walau bagaimanapun, bantuan kewangan ini adalah melalui kaedah tuntutan bayaran balik setelah program selesai. Melihat kepada impaknya, GPS dapat memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 5 juta rakyat Malaysia. Untuk menjayakan inisiatif ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta dengan berteraskan objektif membantu atlet membaiki prestasi atau ranking, meningkatkan semangat perpaduan rakyat, membudayakan sukan dan menggalakkan perkembangan industri sukan negara.

925 Permohonan GPS Telah Diterima

Sehingga kini, terdapat sebanyak 925 permohonan GPS telah diterima dan sebanyak 467 permohonan telah pun diluluskan. Antaranya yang melibatkan persatuan, organisasi, badan bukan kerajaan (NGO) dan negeri-negeri. Bagi permohonan diluluskan melibatkan negeri, Selangor menjadi antara yang tertinggi iaitu 112 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 77. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 293 persatuan, organisasi serta NGO yang menerima manfaat GPS.

Impak GPS Kepada Kumpulan Sasaran

Berpadanan dengan nilai peruntukkan yang tinggi, GPS sebenarnya dapat memberikan impak kepada pelbagai golongan dan antaranya kumpulan sasaran. Seperti yang diperkatakan, aktiviti sukan sememangnya dapat meningkatkan semangat perpaduan melalui penyertaan daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama. Selain itu, GPS juga boleh memacu ke arah negara giat sukan selaras dengan Visi Sukan Negara 2023.

Jika diimbau kembali ketika pandemik melanda dunia, sektor sukan antara yang paling terjejas kerana tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti luar. Disebabkan itu, GPS bermatlamat untuk merangsang semula sektor sukan supaya menjadi lebih meriah berbanding sebelum ini. Dalam pada itu, GPS juga bertujuan menggalakkan penajaan sektor swasta dan korporat untuk penganjuran sukan. Perkara ini kerana impak industri sukan akan lebih berdaya saing melalui sokongan, bantuan kepada NGO, swasta serta korporat dalam menganjurkan program sukan.

Matlamat KBS bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara yang aktif sukan bukanlah sekadar angan-angan kosong, malah mereka sangat komited bagi memastikan ianya benar-benar bakal berlaku. Perkara sebegini dapat dibuktikan dengan 22 pembaharuan yang telah dilakukan oleh KBS dalam tempoh 9 bulan iaitu dari Disember 2022 sehingga September 2023.

22 Pembaharuan KBS dalam tempoh 9 bulan

Pembaharuan yang dimaksudkan melibatkan empat elemen utama iaitu memperkukuhkan ekosistem sukan, merakyatkan sukan, memperkasakan belia dan juga merakyatkan fasiliti KBS.

Menerusi pengukuhan ekosistem sukan, KBS hendak memastikan sukan di Malaysia lebih bervariasi dan selamat. Antara inisiatifnya adalah dengan meningkatkan dari 51 ke 103 jenis sukan dan juga mewajibkan kehadiran pegawai pengiring bagi mengiringi atlet para negara. Dalam elemen merakyatkan sukan pula, ianya lebih memberi manfaat kepada semua untuk menikmati sukan. Antara yang menjadi sambutan ramai adalah penyediaan Program Skrin Besar di seluruh negara dan memperluaskan Jualan Sukan Rahmah.

Untuk memperkasakan belia di Malaysia, KBS juga telah memberikan nafas baharu Rakan Muda serta melancarkan Sekolah Rukun Negara. Tidak lupa juga terhadap elemen merakyatkan fasiliti KBS, kini orang ramai sudah boleh menikmati fasiliti seperti Stadium Nasional Bukit Jalil walaupun untuk penganjuran hari sukan sekolah.

Bukan setakat ini sahaja, 22 pembaharuan KBS yang lain masih boleh dirujuk menerusi senarai di bawah:

Dana Penganjuran Program

Besarlah harapan rakyat Malaysia untuk melihat negara ini terus maju di dalam bidang sukan dan dapat menandingi negara-negara maju yang lain. Geran Padanan Sukan dan juga 22 pembaharuan yang dilakukan oleh KBS dapat menjadi penggerak kepada melahirkan rakyat Malaysia yang aktif sukan, selari dengan Visi Sukan Negara 2023 di samping memperoleh Negara Bersukan menjelang tahun 2030.

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Padanan Sukan dan inisiatif KBS yang lain layari www.kbs.gov.my dan ikuti semua platform media sosial KBSMalaysia. 

The post Ada Yang Dapat RM1 Juta, Kenapa 91 Jenis Sukan Ni Boleh Dapat Dana Untuk Penganjuran Program? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*