Lotus’s Malaysia Menyertai Program RAHMAH Untuk Membantu Mengurangkan Tekanan Kos Sara Hidup

Kuala Lumpur, 14 Mac 2023: Sempena kempen RamRaya Sama-Sama Berseri, Lotuss Stores  (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s sebagai  tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat  Malaysia. 

Merasmikan pelancaran Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s di Lotus’s Selayang pada hari ini ialah Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara  Hidup Malaysia, diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, dan Kenneth Chuah,  Presiden Lotus’s Malaysia. 

Pada majlis itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin  Ayub berkata sokongan yang diperoleh dari Lotus Malaysia sebagai rakan strategiknya adalah  satu petanda kejayaan yang berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.  

Memperluaskan sokongannya untuk pertumbuhan mampan Malaysia dan usaha berterusannya  untuk mewujudkan impak yang positif kepada komuniti yang kurang berkemampuan di negara  ini, Lotus’s komited untuk menyampaikan Jualan RAHMAH, Pakej RAHMAH, Bakul RAHMAH dan  Menu RAHMAH mulai pada hari ini. 

“Ramai yang merasa tertekan dengan peningkatan kos sara hidup terutamanya golongan B10  dan B40. Kami berharap dengan pengenalan Inisiatif Jualan RAHMAH ini, kami dapat membantu  meringankan beban pelanggan kami dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada  mereka melalui 6,000 produk apabila mereka membeli-belah di semua cawangan Lotus dan pada  platform Lotus’s Shop Online kami”, kata Kenneth, Presiden Lotus’s Malaysia. 

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan  barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH, dan pada masa yang sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan  selera Lotus. 

Melalui program komuniti #KitakanJiran Lotus’s, syarikat peruncitan akan menyumbang 1,200  Bakul RAHMAH, yang bakal memberi impak kepada 8,000 individu yang memerlukan di 200  rumah kebajikan dengan akses kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, roti dan barangan  keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak sepanjang tahun. 

“Semangat #KitakanJiran mendorong kami di Lotus’s untuk membantu lebih banyak komuniti  disekeliling kami. Kami juga mempunyai program berterusan dengan rakan amal kami Kechara  Soup Kitchen yang dinamakan Sama-Sama Hidup Baru, di mana kami menyediakan makanan, kit  kebersihan, sesi gunting rambut percuma dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin bandar  di stor kami. Pelanggan juga dialu-alukan untuk menyumbang dengan menderma 390 mata My 

Lotus’s melalui aplikasi Lotus’s Malaysia. Seterusnya, pada Ramadhan ini, sukarelawan  #KitakanJiran akan menyediakan dan mengagihkan 2,000 hidangan Berbuka Puasa kepada  komuniti yang memerlukan di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah”, tambah  Kenneth. 

Kenneth turut berkongsi mengenai program sumbangan makanan secara harian dari 65  cawangan Lotus’s di seluruh negara. Sehingga Disember 2022, Lotus’s Malaysia telah  menyumbangkan lebih dari 2.42 juta kilogram makanan bersamaan dengan 10.4 juta makanan  kepada individu dan keluarga B10 dan B40 melalui rakan kongsi amal Food Aid Foundation dan  Kechara Soup Kitchen. 

Dari 9 Mac – 10 Mei 2023, kempen Sama-Sama Berseri RamRaya Lotus’s menawarkan para  pelanggannya diskaun sehingga 50% untuk barangan terpilih dan penjimatan dengan baucar  diskaun yang disediakan dalam bentuk cetakan dan e-katalognya. Turut dipromosikan adalah rekaan pakaian Hari Raya yang seperti set baju kurung (RM49.90), set Baju Melayu (RM69.90),  Kurta (RM39.90) dan set Bayi (RM22.90). 

The post Lotus’s Malaysia Menyertai Program RAHMAH Untuk Membantu Mengurangkan Tekanan Kos Sara Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*