Luna Maya geli hati dikata kahwini Gading Marten

KISAH cinta pelakon Luna Maya sering menjadi perhatian netizen berbanding kerjaya seninya.

Baru-baru ini Luna digosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Gading Marten dan dikhabarkan bakal berkahwin.

Tidak berdiam diri, Luna segera tampil menafikan tuduhan itu menerusi akaun Instagram miliknya dengan memuat naik artikel berkaitan perkara tersebut.

Menerusi ruangan kapsyen, bekas kekasih Ariel Noah itu menganggap gosip yang timbul sebagai lucu sambil bertanya kepada Gading tentang perkara tersebut.

“LOL (lot of laugh). Apa ini @gadiiing?” tulisnya.

Gading kemudian membalas dengan bertanya bila aktres itu mahu berkahwin dengannya.

“Bila lagi Luna? Jom kita aturkan buat di mana, ” ujarnya sambil ketawa.

The post Luna Maya geli hati dikata kahwini Gading Marten appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*