Sekolah Antarabangsa K-pop Pertama Bakal Dibuka Di Singapura

Sekolah antarabangsa k-pop pertama

Sekolah Antarabangsa K-pop Pertama Bakal Dibuka Di Singapura

Sekolah antarabangsa K-pop yang pertama dilaporkan bakal dibuka di Singapura hasil kerjasama antara Singapore Raffles Music College (SRMC) dan School of Performing Arts Seoul (Sopa) yang berprestij.

Memetik The Straits Times, kedua-dua organisasi itu telah menandatangani memorandum persefahaman di Seoul untuk membuka Sopa-SRMC.

Sekolah itu dikatakan akan menerima pelajar dari Asia Tenggara, terutamanya dari Singapura dan menawarkan pendidikan K-pop khusus kepada semua pelajarnya.

Selain itu, SRMC juga akan memudahkan kemasukan pelajar Korea Selatan yang ingin belajar dan menyambung pelajaran di Singapura.

Pengetua Sopa, Hosung Lim berkata: “Kami berazam untuk meningkatkan lagi reputasi Sekolah Seni Persembahan Seoul sebagai institusi pendidikan yang boleh dicontohi.

“Bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi juga di luar negara sebagai sebuah institusi pendidikan yang mengkhususkan diri pembelajaran dalam K-pop.”

Dikendalikan dalam kelas dan diajar dalam bahasa Inggeris

Pembukaan sekolah itu akan dikendalikan dalam kelas dan diketuai oleh ahli fakulti Sopa dalam bahasa Inggeris serta kurikulum yang menyepadukan sistem pendidikan kedua-dua negara.

Pengarah eksekutif SRMC, Ryan Goh berkata: “Kami melihat ini sebagai peluang unik untuk membawa intipati pendidikan seni persembahan khusus dari Korea Selatan ke Singapura dan Asia Tenggara.

“Ini akan mempamerkan nilai luar biasa dalam pendidikan berfokuskan industri.  Seterusnya memberikan dorongan untuk memacu industri ke hadapan di peringkat serantau.”

Sopa telah ditubuhkan pada tahun 1966 sebagai Sekolah Tinggi Jeonghui dan menukar namanya kepada nama semasa pada tahun 2009.

Antara nama-nama bekas pelajarnya yang telah menyinar dan menjadi bintang besar ialah Jungkook, Jisoo dan Kai. Senarai itu juga termasuk penyanyi dan juga pelakon seperti Bae Suzy, Yujin dan Wonyoung IVE, Joy Red Velvet dan Mark NCT.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Sebelum ini, SRMC yang diasaskan pada 2021 pernah bekerjasama dengan Kolej Muzik London, University of Wes London untuk menawarkan ijazah muzik dan tarian.

Menurut laman webnya, ia adalah “satu-satunya institusi pengajian tinggi di Singapura dengan tumpuan sepenuhnya dalam bidang muzik dan tarian”.

Sementara itu, butiran lanjut mengenai sekolah baharu dan pendaftaran bagi sekolah tersebut masih belum didedahkan.

Sumber: The Straits Times

The post Sekolah Antarabangsa K-pop Pertama Bakal Dibuka Di Singapura appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*