Safawi Titip Kata-kata Terakhir, “Saya Percaya Dengan Pasukan Ini…”

safawi titip kata terakhir

Setelah menumpaskan Malaysia dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, Thailand akhirnya berjaya mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-1.

Kemenangan bergaya daripada juara bertahan itu meranapkan impian Harimau Malaya untuk mara ke final Piala AFF.

Dalam meniti kesedihan, bintang bola sepak kebangsaan, Muhammad Safawi Rashid memuat naik gambar di Instagram menitipkan kata-kata semangat terhadap pasukannya.

Kapsyen yang ditulis sedikit sebanyak meletakkan harapan bahawa Harimau Malaya akan bangkit lebih kuat dalam perlawanan akan datang.

“I believe in this team, we have a bright future ahead Malaysia #nevergiveup,” memetik kapsyen itu.

Memetik Bernama, pemain itu dimasukkan pada minit ke-67, menggantikan Muhammad Fazly Mazlan, dalam usaha memburu gol, namun sebaliknya, Thailand meledak jaringan ketiga menerusi penyudah Adisak selepas menolak bola yang terdahulu terkena tiang pada minit ke-71.

Sumber: Safawi Rashid via Instagram

The post Safawi Titip Kata-kata Terakhir, “Saya Percaya Dengan Pasukan Ini…” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*