Luqman Hakim Sah Sertai Njarðvík FC Secara Pinjaman

luqman hakim sah sertai Njarðvík FC

Luqman Hakim sah sertai Njarðvík FC secara pinjaman, kedua-dua kelab bersetuju dengan kontrak selama hujung musim 2023.

ICELAND — Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin disahkan telah menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Iceland, Njarðvík FC hari ini.

Berita itu disampaikan menerusi laman Twitter dan Instagram kelab bola sepak itu.

“Luqman Hakim sertai Liga Bola Sepak Njarðvík secara pinjaman dari KV Kortrijk di Belgium,” tulis kenyataan itu pada hari ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Njarðvík FC (@njardvikfc)

Difahamkan, kedua-dua kelab dari Iceland dan Belgium itu telah mencapai kata sepakat untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 21 tahun itu secara pinjaman sehingga musim 2023 (selama setahun).

“Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai dua kap A untuk pasukan kebangsaan Malaysia dan miliki kap yang banyak bagi skuad muda Malaysia,” lapor kelab bola sepak Iceland itu.

Luqman hakim sah sertai Njarðvík FC

Dalam kenyataan tersebut memaklumkan pemain muda negara itu sudah tiba di Iceland.

BACA JUGA: (Video) Aksi Luqman Hakim, Lakar Sejarah Diturunkan Kali Pertama Dalam Liga Belgium

“Luqman sudah tiba di tanah air dan pastinya kami amat gembira untuk mengikuti perkembangan pemain berjersi hijau ini.

“Kami sangat mengalu-alukan kedatangan Luqman,” maklum kelab berkenaan.

Karier Luqman Hakim Shamsudin

Untuk pengetahuan, Luqman yang berusia 21 tahun tersenarai dalam 60 pemain paling menonjol di dunia pada tahun 2019. Anak kelahiran negeri Kelantan itu telah menandatangi kontrak bersama KV Kortrijk pada tahun 2020.

Sejak dari itu, dia telah membuat dua penampilan dalam Liga Perdana Belgium termasuk satu perlawanan musim ini.

Bukan sahaja itu, Luqman sempat bermain untuk pasukan bawah 21 tahun (U21) KV Kortrijk.

Terdahulu, Luqman juga pernah menjadi bualan dunia selepas namanya sebaris bersama bintang-bintang muda bola sepak dunia.

Pemain itu mencuri tumpuan selepas tersenarai dalam Anugerah Golden Boy Award 2020, lapor Onefootball.

Antara nama besar yang tercalon dalam anugerah itu termasuklah Erling Braut HÅLAND (Borussia Dortmund), Gabriel Teodoro Silva Martinelli (Arsenal), Paulo Henrique Sampaio Filho Paulinho (Bayer Leverkusen), Bukayo Saka (Arsenal), adon Malik Sancho (Borussia Dortmund), José Paixão de Oliveira Vinicius Junior (Real Madrid) dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Njarðvík FC, Njarðvík FC 

The post Luqman Hakim Sah Sertai Njarðvík FC Secara Pinjaman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*