Aeril Zafrel: “Sophia Baik, Manja… Mungkin Ada Yang Senang Jatuh Hati” – Azhar Sulaiman: “Tak Baik Label Sophia Palacur… Fitnah Besar Tu..”

Nama Sophia Albarakbah ketika ini hangat diperkatakan selepas Bella Astillah mendedahkan mesejnya dengan pelakon wanita itu dek kerana mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz.

Dalam mesej perbualan tersebut, Sophia telah meminta maaf kepada Bella serta merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum selepas mengaku tersuka suami orang. Hal tersebut mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.

Pelakon Aeril Zafrel yang pernah bergandingan dengan Sophia menerusi sebuah drama itu menyifatkan pelakon wanita itu seorang yang baik dan juga manja. Kata Aeril, mungkin disebabkan itu ada yang mudah jatuh hati dengan personalitinya.

“Bagi saya dia seorang yang baik. Dia pun manja, mungkin ada yang senang jatuh hati kerana karakternya. Itu pendapat saya lah. Sepanjang saya berlakon dengannya, kalau ada yang cepat ‘in love’ memang mudah (jatuh hati). Mungkin kerana karakternya yang sebegitu. Dia juga seorang yang ‘soft spoken’,” ujarnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, tambah Aeril lagi, dia lebih senang untuk berterus terang dengan heroin yang bergandingan dengannya supaya tidak berlaku salah sangka.

“Biasanya saya akan berlaku ‘transparent’. Saya akan beritahu heroin, ia tidak lebih daripada lakonan dan komitmen semata-mata.Sebab sebelum ini pernah terjadi… saya ada dengar daripada rakan pelakon lain.

“Bila lupa nak beritahu hal tersebut, heroin mendakwa saya nak ‘try’ dia. Jadi macam tersalah sangka pula. Sejak situasi itu berlaku, saya lebih senang untuk berterus terang,” tuturnya.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*