Kerajaan Kaji Semula Penyelarasan Gaji Penjawat Awam

kerajaan gaji penjawat awam

Kerajaan Kaji Semula Penyelarasan Gaji Penjawat Awam

JOHOR BAHRU, (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju melakukan pelarasan tangga gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentang di Parlimen Oktober ini.

Beliau berkata ini sebagai langkah sementara sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, yang dijangka pada tahun depan.

“Saya tengok pelarasan gaji pensyarah, profesor dan penjawat awam sudah 10, 12 tahun tidak dikaji, tidak dinaikkan padahal mengikut peruntukan, setiap 10 tahun perlu ada pelarasan,” katanya semasa sesi soal jawab dalam program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini.

Perdana Menteri berkata justeru, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji perkara tersebut.

BACA  JUGA: Kenaikan Gaji Penjawat Awam Dinanti, Terus Pantau Harga

Program Temu Anwar yang berlangsung selama sejam setengah itu dihadiri hampir 4,000 pelajar, pendidik dan orang awam.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.

Sumber: BERNAMA

The post Kerajaan Kaji Semula Penyelarasan Gaji Penjawat Awam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*