Resepi Donut Susu Viral Buat Khairul Aming Buat Ramai Terliur

Resepi donut susu viral

Resepi Donut Susu Viral Buat Khairul Aming Buat Ramai Terliur

Sebut sahaja tentang makanan, terdapat pelbagai jenis makanan yang terhidang di luar sana. Mungkin ada di antaranya anda sendiri masih belum mengetahui dan merasainya.

Tambahan lagi, di Malaysia juga terkenal dengan pelbagai jenis kuih muih yang senang didapati. Bukan sahaja itu, dalam era serba canggih ini, kita dapat menyaksikan pelbagai makanan dan minuman tular di media sosial termasuklah donut.

Sehingga kini, pelbagai jenis resepi donut yang dikongsikan oleh orang ramai di platform media sosial misalnya Donut Red Velvet. Selain itu, Donut Susu juga tidak kurang hebatnya.

Sebentar tadi, pengasas kepada produk Sambal Nyet, Khairul Aming sempat berkongsikan resepi Donut Susu Viral di akaun Twitter miliknya.

Dalam video berdurasi satu minit 45 saat itu memaparkan cara penyediaan kuih itu yang dapat menaikkan selera anda. Tanpa membuang masa lagi, mari kita SK kongsikan di bawah.

Bahan-Bahan Yang diperlukan

Untuk pengetahuan, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ini sangatlah mudah dan boleh dicuba saat berada di rumah.

Antara bahan yang diperlukan dalam pembuatan donut susu viral termasuklah air suam, susu pekat manis, yis, satu biji telur, garam, tepung gandum, marjerin, susu tepung dan gulang ising.

Cara Penyediaan Donut Susu Viral

Langkah pertama adalah sukat 1, 1/4 cawan air suam ke dalam bekas. Kemudian masukkan enam sudu susu pekat manis dengan satu paket yis.

Selepas itu, kacau kesemua bahan tersebut dan tunggu selama lima minit hingga kembang. Masukkan satu biji telur dengan setengah sudu kecil garam dan kacau adunan kembali.

BACA JUGA: “Record Guna….” Khairul Aming Bongkar Rahsia Cara Rakam & ‘Upload’ Video Cantik Di Instagram

Langkah seterusnya adalah gaulkan empat cawan tepung gandum dan tiga sudu marjerin. Gaulkan doh sehingga sebati kemudian tunggu selama 45 minit hingga doh kembang.

Selepas itu, uli doh yang telah disiap dengan penggelek dan acuan untuk membentuk donut. Tunggu selama 15 minit sebelum masukkan ke dalam minyak panas (guna api kecil).

Setelah selesai donut digorengkan. Ambil satu bekas dan campurkan susu tepung dengan satu cawan gula ising. Ambil donut yang siap digorengkan untuk disalut bersama.

Untuk pengetahuan, video tersebut telah mendapat lebih 157,00 tontonan dan lebih 12,000 tanda ‘Suka’ di Twitter sewaktu artikel ini ditulis.

Sumber: Twitter @Khairulaming

The post Resepi Donut Susu Viral Buat Khairul Aming Buat Ramai Terliur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*