Mampu Ke Malaysia Terus Bertahan Dengan Bajet Defisit?

malaysia bajet defisit kesan

Malaysia Akan Alami Kesukaran Jika Bergantung pada Bajet Defisit?

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa negara kita tidak akan mampu bertahan dengan bajet defisit.

Kenyataan beliau baru-baru ini telah memberikan petunjuk mengenai perbentangan Bajet 2023 pada keesokan hari.

Menurut seorang pencipta kandungan  yang sering menerangkan konsep ekonomi kepada rakyat Malaysia, di TikTok, Nazri Hamdan mengatakan salah satu kesan apabila bajet sesebuah negara terus berada dalam defisit, hutang terkumpul akan terus meningkat.

Setakat ini, jumlah keseluruhan hutang terkumpul negara kita termasuk liabiliti sudah mencecah RM1.5 trilion, lapor Bernama pada 17 Januari 2023.

malaysia bajet defisit
Laporan Bernama via MOF

Bayangkan jika keadaan defisit ini masih terus berlaku dalam negara kita, maka hutang terkumpul yang dinyatakan sebentar tadi akan terus meningkat.

Selain itu, defisit turut menyebabkan nilai matawang sesebuah negara menyusut secara mendadak. Menurut Junaidah Hassan et.al.(2009), defisit belanjawan yang berlebihan disusuli dengan defisit akaun semasa memberi kesan kepada pengurangan mendadak simpanan pertukaran asing dan menyebabkan masalah pertukaran asing yang serius kepada negara.

Tindakan mengurangkan defisit mendatangkan cabaran buat kerajaan

Namun begitu, walaupun PM berhasrat untuk mengurangkan kadar defisit seperti yang pernah dilakukannya pada zaman 90-an, ia perlu dilakukan secara berhati-hati.

Hal ini adalah untuk memastikan bajet yang bakal dibentang nanti tidak berkompromi terhadap golongan berpendapatan rendah dan miskin.

Dalam laporan Bernama, Pakar ekonomi Prof Dr Yeah Kim Leng mengakui kerajaan tidak mampu menyediakan lebih banyak bantuan kerana ketiadaan sumber dana berbanding negara maju.

Sehubungan itu katanya amat penting bagi kerajaan memastikan tidak ada golongan tercicir daripada bantuan yang diperuntukkan.

Secara umumnya, kerajaan akan mengalami satu dilema ketika membentangkan bajet negara iaitu perbelanjaan negara yang terbesar adalah pada emolumen.

Emolumen adalah wang atau bayaran yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan seperti gaji dan sebagainya. Namun bagi konteks ini, emolumen tersebut merujuk kepada gaji, manfaat elaun dan wang persaraan yang diterima oleh pekerja kerajaan.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludiin pernah menyuarakan pandangan mengenai wang persaraan yang diterima penjawat awam.

Beliau meramalkan skim pencen yang ditawarkan dalam institusi kerajaan bakal menghadapi masalah menjelang 2050. Hal ini disebabkan peruntukan untuk elaun pencen yang semakin meningkat dari masa ke masa.

 

Selain itu, apabila emolumen ataupun dipanggil sebagai kos operasi terlalu tinggi, sesebuah negara tidak dapat mengagihkan bajet lebih untuk pembangunan negara.

Perbelanjaan pembangunan negara adalah sangat penting dalam meningkatkan infrastruktur, jalan raya, pembinaan jaringan internet dan sebagainya.

Perkara-perkara di atas merupakan satu keperluan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yag maju. Jika negara tidak memiliki infrastruktur yang baik, ini akan menyukarkan pelabur asing untk melabur ke dalam negara tersebut.

Walau bagaimanapun, kita perlu meneliti perbentangan Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada 24 Februari terlebih dahulu sebelum menyimpulkan mengenai hala tuju dan polisi kerajaan terhadap ekonomi Malaysia.

Terdapat kemungkinan, PM bakal memotong perbelanjaan kerajaan daripada pelbagai bahagian, termasuklah mengurangkan projek mega.

BACA: Pengurangan Peruntukan Belanjawan 2023 Tidak Akan Bebankan Program Pembangunan – PM

Sumber: Nazri Hamdan via TikTok

The post Mampu Ke Malaysia Terus Bertahan Dengan Bajet Defisit? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*